Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
1. Lihat tangkai
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
Ads
2. Duri jarang dan besar
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
3. Pilihlah buah yang ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
Ads
5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
6. Cuba goncang pulak
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
7. Pilih yang ada 5 pangsa
Ads
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat, biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
9. Cium bau
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mengkal atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.
Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.
Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur.
Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Mesti ramai yang rindu nak makan kuih ini atau pun memang tak pernah makan. Kuih tepung pasung ini memang dah jarang jumpa orang yang menjual atau membuatnya.
Kalau teringin nak makan kenalah buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian daripada Pn Habsah Ngah.
Buat sendiri kuih tepung pasung
Bahan bahagian bawah
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Bahan bahagian atas
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat..
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara membuat:
1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Sudukan/paipkan ke dalm kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi. Kemudian teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Jika api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih akan tumbang.
Kita semua mahu rumah sentiasa nampak bersih dan ramai yang sanggup keluarkan sejumlah wang untuk beli pencuci khas.
Sebenar untuk tujuan ini, kita tak perlu keluarkan modal lebih pun, ada saja bahan yang sedia ada di rumah boleh kita gunakan untuk bersihkan kediaman dari lantai, bilik air, perabot hingga ke cermin tingkap atau pintu slidding.
Lantai bersih berkilat macam cermin? Ambil sebaldi air panas, campurkan dengan pencuci lantai. Kemudian tuang 1 penutup botol air mineral yang kecil. Kacau dan mop lantai. Cara ini kesan kotoran senang hilang malah lantai pun cepat kering.
2. Elak habuk melekat pada perabot
Supaya habuk tak senang lekat pada kabinet, almari atau perabot guna 1 penutup cecair pelembut pakaian yang dicampur engan 10 cawan air paip. Lap pada perabot dan kabinet. Boleh juga buat pada bilah kipas supaya tak melekat habuk.
3. Rumah sentiasa berbau harum
Jika nak rumah sentiasa berbau harum campurkan 1 penutup cecair pelembut pakaian bersama 5 titis cuka (jangan lebih). Nak lebih wangi guna jenama Downy. Sembur pada sofa, langsir dan kusyen, harum bau rumah dan tahan lama.
4. Jika lantai bilik air kotor
Lantai bilik air selalu ada kotoran degil yang susah ditanggalkan. Hilangkannya dengan membancuh 3 sudu baking soda bersama 1 cawan air. Siram pada lantai yang melekat kotoran, biar 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa. Boleh lihat keberkesanannya.
Tepung jagung
5. Bersih cermin tingkap atau cermin hiasan
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian...