Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Ads
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
Ads
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
Ads
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Hampir setiap rumah kita ada tong gas, tapi tahukah kita apa yang perlu dilakukan bila satu dapur berbau gas akibat tong gas bocor?
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.
Kejadian ngeri
Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.
Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.
Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada bom.
Apa perlu dilakukan
Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:
1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.
Sardin dalam tin selain dimasak sambal atau digoreng, ia juga boleh juga dibuat gulai. Sama ada gulai lemak atau kari.
Kalau berhajat nak masak kari guna sardin dalam tin ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Wan N Wan M. Kari ini tak menggunakan santan mahupun bawang merah seperti kebiasaan namun rasanya cukup sedap. Boleh dimakan dengan dengan nasi atau dicicah dengan roti atau roti nan pun enak.
Cara buat kari sardin yang sedap
Bahan-bahan
2 biji tomato potong dadu
8 ulas bawang putih
3 biji lada hijau besar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1 tin sardin
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat
1. Kisar lada hijau dan bawang putih guna chopper saja. Jangan hancur sangat. Boleh juga ditumbuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih & lada hijau yang dikisar kasar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, kacau.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan setengah cawan air.
5. Masukkan sardin 1 tin termasuk semua sosnya sekali.
Ramai yang dah mulakan hobi bercucuk tanam sayur-sayuran. Seronok bila tengok sayur menjadi tapi yang tak syoknya bila ulat atau bena putih menyerang. Habis pokok sayur atau herba kalau dibiarkan.
Masalah serangan ulat ini memang biasa, jadi sebaiknya kita tahu cara untuk atasinya. Antara yang paling mudah adalah sembur guna air sabun cuci pinggan saja. Bancuhannya boleh ikut sukatan yang dikongsi oleh Tam.
Bila nampak ulat putih sembur dengan air sabun
Ini percubaan saya setelah dapat petua dari seseorang di Facebook Kebun D Rumah.
Bahan-bahannya:
-1 sudu cecair pencuci pinggan (guna jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur)
-2.0 liter air paip
Cara bancuhan:
1 sudu makan cecair pencuci dan campur dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur. Isi sampai penuh penuh, biarkan buih terhasil keluar baru tutup.
Kemudian bolehlah sembur pada pokok.Saya tak sembur hari hari, cuma bila nampak ulat/bena putih baru saya sembur. Bancuhan itu lama tahan.
INFO
Tapi yang saya perasan, ia tak boleh disembur pada kangkung daunnya melecur. Pokok lain bila sembur daun lebih hijau dan sihat.
Sembur pada pokok pokok yg saya tanam sahaja pokok limau purut, serai, cili, pudina dan kari.
5 hari daun kerinting elok, ulat pun hilang
Satu lagi bancuhan dikongsi oleh Mala Ahmad bezanya bancuhan air sabun ini ditambah dengan limau nipis.
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.