
Kalau di rumah memang ada menanam pokok telang, elok manfaatkannya. Ia mempunyai banyak khasiat kesihatan antaranya membantu mengawal paras gula dalam darah, antikanser, baik untuk kesihatan rambut dan kulit juga.
Salah satu cara olahan bunga telang untuk kita dapat khasiatnya adalah dengan merebus dan menjadikan ia minuman. Antara yang sedap dan boleh kita sediakan untuk berbuka puasa adalah air bunga telang lemon madu.
Ia juga mampu menyegarkan tubuh yang kepenatan setelah seharian berpuasa. Cara membuatnya dikongsi oleh Wati Zali.
Air bunga telang lemon madu

Bahan-bahan
Bunga Telang
Lemon
Madu
Nata de Coco
Ketulan ais
Cara membuat
1. Masak air dan masukkan sekali 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan .Kemudian sejukkan.
2. Masukkan dalam gelas, perah lemon sikit, sedikit madu dan masukkan nata de coco. Siap! Hidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Wati Zali
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Pintu Terkopek Mudah Sangat Baiki, Tampal Wood Filler & Cat — Selesai Masalah!

Pintu rumah yang terkopek atau berlubang adalah antara kerosakan biasa yang sering berlaku, terutamanya pada rumah yang sudah lama diduduki.
Masalah ini biasanya melibatkan pintu bilik air yang sering terkena percikan air, menjadikannya cepat rosak. Selain itu, kerosakan juga boleh berlaku akibat banjir atau kelembapan yang tinggi.

Namun, tidak semestinya kita perlu menukar kepada pintu baru yang boleh menelan belanja lebih. Dengan sedikit usaha dan bahan mudah didapati, agar lebih jimat kita baik pulih sendiri saja pintu ini. Hasilnya memang puas hati, macam pun baru.
Langkah baiki pintu terkopek dan mengembang
- Sediakan bahan seperti wood filler, kertas pasir dan cat pilihan.

2. Buang bahagian pintu yang terkopek dan pecah. Gunakan alat sesuai untuk meratakan bahagian yang berbonggol.
3. Setelah licin, tampal menggunakan wood filler. Ratakan sapuan dan biarkan ia kering semalaman.

4. Keesokan harinya, gosok dengan kertas pasir sehingga permukaan betul-betul licin dan sekata.
5. Akhir sekali, cat semula pintu dengan warna pilihan. Untuk hasil elegan, boleh guna cat jenis matte seperti hitam.

Mudah, jimat dan memuaskan hati!
Tip supaya hasil lebih kemas dan tahan lama
- Gunakan wood filler berkualiti tinggi supaya sapuan tahan lama dan tidak mudah retak selepas kering.
- Sapukan primer terlebih dahulu sebelum mengecat agar warna cat lebih sekata dan tahan lama terutama untuk permukaan kayu.
- Untuk pintu bilik air, gunakan cat jenis kalis air (waterproof paint) supaya tidak cepat terkopek semula.
- Jika suka kesan rustic atau moden, eksperimen dengan warna matte atau kemasan chalk paint — ia beri sentuhan eksklusif tanpa perlu belanja besar.
- Jangan lupa guna sarung tangan dan pelitup muka semasa menggosok atau mengecat bagi menjaga keselamatan diri.
Sumber: Siti Amrina Rashada Mohamad
Baca Lagi: DIY Baiki Pintu Rumah Yang Pecah & Berlubang Edisi Bajet. Hasilnya Elok Macam Pintu Baru Beli
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Daripada Biar Rumput Tumbuh, Buat Begini Untuk Ruang Kosong Luar Rumah. Kita DIY Saja!

Bagi rumah teres biasanya akan ada sedikit halaman atau ruang kosong di dalam pagar rumah. Ada yang menggunakannya untuk bercucuk tanam dan ada juga yang membiarkan saja ruang tersebut hingga penuh rumput.
Daripada dibiar begitu saja hingga menyakitkan mata, ada baiknya buat path maker seperti yang dilakukan oleh Ben Safwan untuk ruang di luar rumahnya. Caranya boleh DIY ikut perkongsian beliau.
DIY path maker untuk ruang luar rumah
Buat path maker untuk ruang 20×5 kaki bermula hari ini. Tujuannya untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja. Pavement mould beli di Shopee, tingginya 3.5 cm.- Proses mula dengan korek keluar tanah 4-5 cm. Perlahan-lahan habiskan. Kemudian levelling balik guna batu kerikil campur pasir ketika nak letak mould untuk samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.

- Memandangkan buat kerja sorang,kena banyak guna akal dari guna tenaga. Tolak simen pun pakai troli ( buat sewaktu wardrobe ) dan gaul simen macam biasa guna drill.
- Simen gaul dengan nisbah 1:3 (1 simen guna 3 bahagian pasir sungai kasar). Air lebih kurang 7.5 liter. Tak perlu BRC sebab kalau ada tertanya-tanya. Tengok tujuan di atas.

- Dah level dengan batu kerikil tadi,letak mould dan bagi rata cantik. Baru sapu mould dengan minyak masak/minyak hitam supaya senang diangkat dan kemas.
- Isi simen dan ratakan dengan sudip/kayu basah. Biar 3-4 minit kemudian boleh angkat. Senang ada dua mould. Mudah buat kerja.

- Bahagian tepi sekali, lorek sendiri sahaja. Senang.
- Untuk finishing, mungkin letak clear shellac batu.
- Untuk bahagian celah, akan diletakkan simen dan spray air. Tujuan untuk elak rumput keluar.
Acuan path maker
Selain acuan path maker di atas ada lagi pelbagai jenis acuan. Boleh pilih ikut cita rasa.

Klik SINI untuk beli

Klik SINI untuk beli
Selamat mencuba!
Sumber: Ben Safwan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Campur 2 Rempah Ini Jika Masak Kari Daging, Sedapnya Memang Lain Dari Yang Lain

Jika masak kari daging apa kata guna resipi yang dikongsi oleh Ida Shahida ini pula. Rasanya sangat istimewa dan yang pasti sedap.
Ujar Ida ramai rakan yang telah memuji keenakan kari daging ini dan dia tak lokek berkongsi caranya. Rahsianya campur dua jenis rempah!
Cara masak kari daging yang sedapnya lain dari yang lain
Kari ini sangat istimewa rasanya sebab resipi, saya lain dari yang lain. Jangan bimbang pasti sedap. Rempah kari daging campur rempah nasi beriani cuba bayangkan rasanya.
Kalau masak jamu kawan kawan makan mesti akan dipuji. Saya guna serbuk rempah kari daging Allagapas. Makan dengan nasi sangat sedap, makan dengan ketupat lemang pun sedap. Semua sedap…cubalah!

Bahan-bahan
1 kg daging -dipotong kecil
2 kotak kecil santan (200ml x2)
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia -dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bunga cengkih
3 biji pelaga
10 biji lada hitam
1 inci lengkuas -diketuk
3 batang serai -diketuk
Bahan rempah
300g rempah daging atau 6 bungkus kecil (serbuk Allagapas daging)
2 sudu besar rempah nasi beriani
1 sudu besar serbuk cili Allagapas (jika nak pedas)
* Rempah ini dibancuh kental dengan sedikit air.
5 sudu besar- kerisik
1 1/2 cawan air
4 biji ubi kentang -dipotong 4
2 cawan minyak atau lebih (untuk rempah masak)

Cara membuat
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hingga layu kemmudian masukkan serai, lengkuas dan halia.
2. Bila wangi masukkan rempah 4 sekawan dan kacau. Masukkan rempah kari, terus kacau jangan tinggal kerana rempah mudah hangus.
3. Bila rempah sudah masak, masukkan daging. Guna api sederhana. Kacau selama 20 minit sampai air daging keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan.
4. Masukkan air 1 1/2 cawan, kacau sebati kemudian masukkan 1/2 kotak santan. Masukkan juga ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam atau serbuk perasa. Guna api sederhana.
5. Terus kacau kuah dan biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut.
6. Kemudian baru masukkan santan yang separuh lagi. Kacau dan biar mendidih 2 kali baru dimasukkan satu kotak santan yang lagi satu. Biarkan mendidih sekali.
7. Bila daging dan ubi lentang dah empuk dan sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap. Sekarang kuah akan jadi pekat. Rasa dan tambah apa yang kurang.
8. Biarkan selama 5 minit kemudian baru ditutup api dapur. Selepas masukkan kerisik kuah kari akan jadi pekat likat, sesuai sangat dicicah dengan pulut atau ketupat.

TIP
- Jika nak kuah banyak tambah air satu cawan lagi iaitu sebelum dimasukkan kerisik.
- Jika ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi, sila keluarkan ubi kentang dahulu. Bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang.
- Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak sedikit. Minyak ini boleh buat goreng ikan, lagi sedap.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

Buat path maker untuk ruang 20×5 kaki bermula hari ini. Tujuannya untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja. Pavement mould beli di Shopee, tingginya 3.5 cm.