Kalau Ada Kerusi Kayu Lama Di Rumah Boleh Buat Idea Makeover Begini. Terus Menyerlah

Share

Memang kerusi ini old style tapi jangan sesekali buang ya. Rugi, sebab kerusi ini kalau diubah suai memang akan nampak moden dan menyerlah.

Contohnya macam yang dilakukan oleh Ros Diana ini yang sanggup mencari dan membeli kerusi ini untuk diubah suai. Menariknya makeover ini boleh dibuat sendiri.

Kalau di rumah ada kerusi kayu begini, boleh cuba perkara yang sama ikut perkongsian Ros Diana.

DIY makeover kerusi kayu lama

  1. Kerusi ini 100 peratus hasil kerja tangan saya tanpa bantuan suami. Beli kerusi ini pada harga RM200, saya tambah lagi RM50 kerana kesudiaan dia untuk jual. Kerusi ini set banyak 3+1+1+1+1. Ini keadaan kerusi asal.

2. Proses sebelum cat, gosok dulu.

3. Kemudian cat, warna coklat dan bila siap tambah gold leaf di beberapa bahagian untuk kesan menyerlah.


4. Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum balut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.

5. Untuk buat butang di kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler. Inilah hasilnya bila dah siap.

Selamat mencuba!

Sumber: Ros Diana

IKLAN