Tujuh tahun mengidap kanser limfoma, cuma keluarga dan teman rapat Elyana saja yang mengetahui tentang penyakitnya itu.
Hanya ketika sudah berada di tahap empat barulah penyanyi ini mendedahkan segalanya.
Ramai yang kagum dengan ketabahan ibu muda ini. Dia boleh menanggung kesedihan sendiri dan pada masa yang sama mampu menampilkan keceriaan dan senyuman untuk melindungi derita yang dialami.
Biar penyakit belum kebah tapi pastinya selepas ini Elyana sedikit lega kerana sudah meluahkan segala yang dipendam seorang diri selama ini.
Namun hakikatnya bukan Elyana seorang saja yang berasa lega dengan pengakuan itu, sahabatnya Syura juga turut berasa demikian memandangkan sudah sekian lama dia menyimpan rahsia tersebut.
Pengakuan tersebut dibuat oleh Syura dalam entri terbaru di instagram @syurabadron.
Ads
Alhamdullillah.. aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ni. Selama ni aku terpaksa berlakon yg konon-kononya nya aku tak tau kau sakit beb.
By the way, aku salute dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat. Kau sangat kuat na. sangat… Aku sangat sayang kau beb. Sangat-sangat sayang.
Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku. I love u to the moon and back sahabatku.. @elyanaofficial. Saya mohon doa dari semua juga ya Demikian titip Syura yang juga rakan seperjuangannya dalam program Gegar Vaganza.
Ads
Dialah fighter sebenar
Dalam pada itu Jihan Muse juga meluahkan rasa kagum pada Elyana kerana sentiasa mempamerkan senyuman dan keceriaan di sebalik penyakit kanser tahap empat yang dialami.
“Terima kasih anakku kerana kuat bantu emakmu bekerja. Tapi ada yg lebih kuat darimu. Semoga kita dpt mengambil dia sebagai contoh utk tidak sesekali putus asa dlm apa jua yg kita lakukan dlm hidup.
“Sentiasa senyum, positif dan menggembirakan org lain. Dialah fighter sebenar.”
Cabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Jangan tak percaya dengan RM20 sehari kalau komited menyimpan, wang tersebut boleh berganda sampai berbelas ribu.
Bukan misi mustahil sebab ibu Aminahtul Marrdiahsudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya, lepas tu jangan lupa praktik. Tak lama pun setahun jer
———————–
Cara Simpan DUIT untuk anak dalam masa 1 Tahun
Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Cara :
1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan. ?
3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
1. Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. ?
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...