Kalau mencari-cari kuih raya yang senang nak buat, boleh masukkan Almond Cluster ini dalam senarai.
Memang mudah, tak payah bakar dalam oven pun, bahan yang digunakan pun cuma dua jenis saja. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Almond cluster, kuih raya paling senang nak buat
Dalam tak planning, dan tak pernah buat jualan untuk raya maka terjadi lah ALMOND CLUSTER. Alhamdullilah rezeki, bahan cuma dua saja.
Ads
Bahan:
1kg almond strip/ badam hiris- dibakar atau disangai hingga perang
1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin – cairkan dengan kaedah double boil atau menggunakan microwave
Cara membuat:
1. Selepas badam disangai dan coklat dicairkan biarkankan keduanta sejuk.
2. Kemudian satukan dua bahan ini dalam bekas dan sudu masuk dalam cup atau parchment paper.
Ads
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dan susun dalam bekas.
Lepas ni kotak yang selalu dapat bila beli barang jangan buang ya, kita boleh recyle untuk buat lampu hiasan.
Hasilnya memang cantik dan boleh jadi sebahagian daripada dekorasi untuk bilik anak seperti ilham Nani Idayu. Bagi yang nak cuba DIY beliau juga berkongsi cara membuatnya.
Saya kongsi diy lampu bilik anak-anak guna kotak. Projek mak mak, bajet murah saja. Cuma perlu ada kotak, led strip light dan lampu liplap.
Manggo Cheese Cake ini memang sedap. Masam, manis dan rasa kejunya memang buat kita makan tak cukup satu potongan.
Kek ini juga kalau beli agak mahal harganya, lebih RM10 satu potongan. Jadi kalau dalam rumah kek ini ramai peminatnya, maka eloklah buat sendiri.
Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad. Bahan-bahannya tak susah pun nak cari dan kek ini juga tak perlu dibakar. Sejukkan dalam peti ais saja.
Bahan-bahan
160gram biskut Marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
90gram butter (dicairkan)
2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
1 sudu besar air jus lemon
500gram cream cheese
200gram whipping cream
1sk esen vanila
140gram gula castor
100gram puri mangga
2 1/2 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar susu pekat manis
(2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
Bahan untuk Manggo jelly
1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
200gram puri mangga
Cara membuat
1. Mula-mula kisar dulu biskut Marie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur. Letak dalam plastik baru ketuk.
2. Bila dah hancur, masukkan biskut dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Masukkan biskut tadi dalam loyang 8′. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh di buka tepi atau boleh tolak dari bawah. Sejukkan selama 30 minit. Boleh letak dalam frezer.
4. Kisar 2 mangga tadi bersama 1 sudu air jus lemon sahaja. Kisar sehingga hancur dan licin. Lebihan air lemon simpan dulu.
5. Sebelum buat adunan cheese, buat air gelatin dahulu. 2 sudu gelatin + air panas 80ml. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ni sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.
7. Bila adunan dah licin masukkan puri mangga. Mix sehingga sebati.
8. Bila adunan dah licin. Masukkan susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati macam ni.
9. Keluarkan semula loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan selama 2-3 jam. Boleh letak dalam chiller @ frezer. Pastikan cheese jadi pejal.
10.Untuk adunan manggo jelly pula, buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas. Kacau sehingga sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
11. Masukkan air gelatin tadi ke dalam mangkuk bersama puri mangga. Kacau sehingga sebati. Buat adunan puri manga ni 10 minit sebelum keluarkan cheese dari peti.
12. Tuang adunan puri mangga dalam loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang licin, jangan rata guna sudu. Sengetkan sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan semula selama 7-8 jam dalam peti ais biasa atau chiller.
13. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari loyang. Kalau guna loyang yang boleh buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.
Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Cara saya;
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.