Tak sampai seminggu diumumkan sebagai model berhijab pertama untuk kempen produk kecantikan Loreal, Amena Khan membuat keputusan menarik diri.
Blogger kecantikan British ini menyiarkan posting di Instagram tentang pengundurannya itu disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya.
Memetik laporan Dailymail dia dikritik kerana tweet yang ditulis 2014 yang telah dilabel sebagai ‘anti-Israel’. Tweet tersebut yang menyifatkan Israel sebagai ‘haram’ dan ‘negara jahat.’
Bagaimana pun tweet yang ditulis Ameena itu dipaparkan kembali baru-baru ini selepas dia dipilih oleh Loreal untuk muncul dalam kempennya bersama penyanyi pop Cheryl. Tweet tersebut kemudian telahpun dipadamkan.
Ads
“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dibuat pada 2014 dan dengan ikhlas memohon maaf kerana ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan.
“Mengangkat kepelbagaian adalah salah satu matlamat saya, saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang saya pegang.
“Saya baru-baru mengambil bahagian dalam satu kempen yang menggembirakan saya kerana ia meraikan kepelbagaian.
Ads
“Dengan kesedihan yang mendalam, saya memutuskan untuk berundur dari kempen ini kerana cakap-cakap mengenainya membuatkan ia menjejaskan sentimen positif dan inklusif yang mahu disampaikan,”jelas Amena dalam posting di instagramnya.
Jurucakap L’Oreal Paris memberitahu BBC Newsbeat: “Kami baru-baru ini telah dimaklumkan mengenai beberapa tweet yang dipaparkan pada 2014 oleh Amena Khan, yang terlibat dalam kempen pengiklanan di UK.
“Kami menghargai Amena yang telah meminta maaf atas kandungan tweet itu dan kesalahan yang telah dilakukan.
Ads
“‘L’Oreal Paris komited untuk bertoleransi dan menghormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk menarik diri dari kempen.”
Penampilan pelakon, Rozita Che Wan tak pernah menghampakan. Sentiasa tampil cantik walau dalam apa situasi pun. Terbaharu, Che Ta memuat naik foto penampilannya hadir ke majlis resepsi anak Datuk Ziela Jalil.
Mengenakan busana Rizman Ruzaini rona biru gelap yang cukup anggun, gaya Che Ta itu mendapat reaksi daripada followernya, termasuk perancang perkahwinan terkenal yang juga rakannya Man Kajang.
Ada yang mengatakan penampilannya over, mengalahkan pengantin. Seperti biasa, ibu Aaisyah yang terkenal dengan kelantangannya berkata-kata sempat membalas dengan jawapan yang cukup win.
Beberapa hari lalu kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos ini.
Puteri cantik berusia 31 tahun ini akan diijabkabulkan dengan Dennis Muhammad Abdullah setelah Sultan Johor dan Permaisuri berkenan dan merestui perkahwinan pasangan ini.
Justeru baru-baru ini diadakan satu sidang akhbar tentang majlis yang bakal berlangsung. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
Beliau menyenaraikan istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja ini.
1. Istiadat meletak kerja
8 Ogos 2017- Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.
2. Majlis tahlil & doa kesyukuran
10 Ogos, jam 6.30 petang – majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.
14 Ogos, jam 10 pagi – istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.
4. Istiadat persandingan
14 Ogos jam 8 malam hari yang sama – istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.
5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah
15 Ogos,majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.
Selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dan belum dikurniakan cahaya mata akhirnya pasangan selebriti Mizz Nina & Noh Salleh mengambil keputusan menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).
Meski hasil IVF tidak seperti yang diharapkan dan awalnya dia enggan bercerita namun akhirnya Mizz Nina terbukan hati membuat perkongsian tersebut melalui saluran Youtube beliau Officialmizznina.
Dalam video berdurasi hampir 15 minit itu bekas penyanyi ini menceritakan pengalamannya melalui rawatan IVF daripada tahap awal hinggalah akhir rawatan.
Menurut Mizz Nina sebelum bersedia mencuba melakukan rawatan IVF dia sebenarnya sudahpun mencuba kaedah IUI (Intrauterine Insemination) namun tidak berjaya.
“Rasanya ramai tahu bahawa saya telah mencuba untuk dapatkan zuriat sejak beberapa tahun lalu malah sebelum ini saya sudah pun melakukan rawatan IUI.
“Disebabkan usia yang semakin meningkat, dan seperti yang kita tahu tahap kesuburan wanita pun akan berkurang jadi saya ambil keputusan untuk rawatan IVF.
“Saya secara fizikal dan emosinya bersedia untuk rawatan ini. Alhamdulillah, proses rawatan itu bukanlah sesuatu yang sukar, Allah memudahkan termasuk bila saya kena melakukan suntikan termasuk pada perut dan saya perlu melakukannya sendiri,”ujar Mizz Nina, 37 tahun dalam video yang turut memaparkan Noh menemaninya menjalani rawatan di KL Fertility Centre.
Melalui video yang dimuat naik awal Mac lalu, selebriti yang mula berhijab sejak tahun 2013 ini turut bercerita tentang prosedur rawatan yang dijalani secara ringkas.
“Ia satu rawatan yang ambil masa beberapa bulan. Saya kena pastikan saya sihat dan punya telur yang bagus. Selepas sebulan berlalu saya perlu ambil vitamin dan kemudian melakukan beberapa suntikan yang perlu dibuat sendiri selama lebih kurang seminggu.
“Selepas itu saya perlu jalani prosedur mengeluarkan telur dari rahim saya. Ia tidaklah menyakitkan bagi saya, alhamdulillah. Tapi yang paling sukar bagi saya adalah proses pengambilan telur, mereka ambil lebih kurang lima telur dan ada prosedur khas untuk itu.
“Selepas itu adalah tempoh pemulihan, ia mengambil masa lebih kurang 5 hari. Kemudian kami menunggu dalam tempoh sebulan pula. Bila sihat saya seterusnya menjalani proses ‘egg implantation.’
“Proses ini di mana mereka ambil telur yang paling baik, saya dapat satu dan ambil sperma terbaik kemudian membuat persenyawaan di luar rahim. Kami menunggu beberapa hari sebelum ia dimasukkan kembali dalam rahim,”ujarnya.
Hampir sebulan menanti penuh teruja untuk keputusan sama ada hamil atau tidak, akan tetapi akhirnya penyanyi ini akur dengan ketentuan Ilahi.
“Apa yang kami harapkan tak berlaku. Dah hampir sebulan ia berlalu. Saya tidak bercakap mengenainya tapi selepas lama saya berfikir balik.
“Saya rasa saya perlu kongsi pengalaman ini sebab mungkin ramai yang melalui proses seperti saya mencuba dapat anak dan IVF,”luah isteri penyanyi kumpulan Hujan ini.
Walaupun ada rasa kecewa namun ujar Mizz Nina dia sedar bahawasanya Allah itu sebaik-baik perancang.
“Apa yang banyak membantu saya melalui semua ini adalah bila tahu semua yang berlaku ini atas ketentuan Allah. Rezeki itu bukan saja tentang anak, suami atau duit tapi datang dalam banyak cara.
“Saya juga belajar bahawa anak dan kekayaan adalah ujian untuk kita sebagai manusia. Allah tak tengok apa yang kita miliki tapi apa kebaikan yang kita buat serta hati kita, sama ada baik atau sebaliknya.
“Awalnya memang saya kecewa, tapi bila saya fikir balik, Allah mungkin belum berikan zuriat kerana ia bukan masa yang terbaik. Dan mungkin juga Allah tak berikan apa yang saya mahu kerana itu yang terbaik untuk kami.
“Saya tawakal, Dia tahu apa yang terbaik untuk saya dan perkahwinan kami. Mungkin ada lagi perkara yang belum kami buat.
Tambahnya lagi dia belum membuat keputusan sama ada mahu mengulangi rawatan IVF kerana itu bukan keutamaannya sekarang.
“IVF ini satu journey buat saya, insya-Allah mungkin saya akan lakukan lagi, tapi itu bukan keutamaan saya. Keutamaan saya adalah untuk ke jannah.
“Kepada pasangan yang sedang cuba mendapatkan zuriat seperti saya harap anda tak rasa kecewa dan jangan putus asa. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan, semoga Allah memberkati kehidupan kita.”
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...