‘Kecik-kecik dah hensem.’ Inilah reaksi netizen bila melihat bayi lelaki ini. Foto bayi tampan ini mula dikongsi sejak minggu lalu media sosial negara jiran kita, Indonesia.
Malah kerana wajahnya yang kacak itu juga ia tular hingga ke Malaysia. Dalam pada itu ‘ketularan’ bayi yang dipanggil Arsya ini juga berpunca dari doktor yang memuat naik fotonya.
Apa tidaknya, tapi doktor yang memuat naik gambar itu juga kacak orangnya. Bukan selebriti tapi doktor bernama Anton Tanjung ini punya ramai pengikut di instagram.
Dan apabila dia berkongsi gambar Arsya ia mula tular di media sosial hingga ke negara kita.
Ramai yang bertanya tentang bayi ini kepada Dr Anton malah yang mengatakan ia adalah anaknya kerana dilihat seiras.
Ads
Namun begitu Dr. Anton yang mempunyai hampir 345k pengikut di instagram ini tidak pula mendedahkan latar belakang Arsya, membiarkan netizen terus berteka teki.
Bagaimana beliau kemudian dilihat telah memadam gambar-gambar Arsya dan baru baru ini Dr. Anton memuat naik satu kenyataan di insta stories bahawa bayi tersebut bukan anaknya dan dia masih belum berkahwin.
Ads
Dalam perkembangan terbaru gara gara foto bayi dan dirinya yang tular, Dr. Anton juga sudah memadam semua posting yang berisi gambar gambarnya.
Selepas mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dalam penampilan sulung perlumbaan MotorGP dunia Hafizh Syahrin mula jadi perhatian. Bukan saja di Malaysia tapi juga luar negara.
Menariknya perhatian itu bukan setakat kerana prestasi Hafizh Syahrin sebagai pelumba berpotensi tapi juga kerana memiliki isteri yang cantik.
Kelibat Noor Suzana Abdul Manaf yang hadir di litar bagi memberi sokongan pada suami dengan penampilan berhijab menyebabkan dia menjadi tumpuan media terutama sekali Indonesia.
Tidak dinafikan Suzana ini memang cantik orangnya. Malah dia juga merupakan model muslimah di tanah air.
Kagum dengan kecantikan isteri Hafizh ini, sejak beberapa minggu lalu banyak portal-portal di Indonesia berkongsi gambar dan gaya Suzana yang diambil dari instagramnya.
Malah Suzana juga disenaraikan oleh laman web Fox Sports Asia sebagai salah seorang daripada tujuh WAGs (Wife And Girlfriend) atlet atau ahli sukan yang paling cantik di Asia. Wow!
Selepas melalui tahun penuh kemelut rumahtangga pada 2017, Datuk Adi Putra memulakan tahun baru ini dengan lembaran berbeza.
Pelakon ini semalam bernikah dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Adi Putra sendiri dalam laman instagramnya malam semalam.
“18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan trima kasih pada yg hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen
Demikian tulis Adi Putra yang turut memuat naik dua gambar bersama Aida.
Dalam pada itu berita pernikahan Adi Putra itu turut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.
Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid yang turut memuat naik foto Adi Putra menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Posting pernikahan ini mendapat reaksi peminat pelakon itu yang kesemuanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan mendoakan mereka kekal bersama hingga ke jannah.
Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.
Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Semalam penyanyi Elyana mengejutkan kita semua bila membuat pengumuman beliau merupakan pesakit kanser tahap empat. Pengumuman spontan tersebut dibuat dalam ucapannya selepas tersingkir dari program Gegar Vaganza minggu kelima.
Dalam diam rupanya sudah tujuh tahun dia menyimpan rahsia mengidap kanser limfoma. Ujar penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini, penyakit tersebut dikesan selepas dia melahirkan anaknya Cinta Summyyah.
Meski sedih dengan berita tersebut namun akui Elyana dia tidak menitiskan air mata saat menerima berita tersebut.
“Saya dapat tahu mengidap penyakit ini 7 tahun lepas waktu baru bersalin. Ketika happy dapat anak, saya diberi tahu saya mengidap kanser tahap 2.
“Sedih waktu itu tapi saya tak menangis langsung sebab saya kena fight untuk anak saya sampailah hari ini,” jelas Elyana.
Ketika ini ujar penyanyi berusia 30 tahun kanser limfoma yang dihidapi sudah masuk ke tahap empat dan sel kanser itu juga sudahpun berada di seluruh tubuhnya termasuk jantung dan paru-paru.
Seakan pasrah dengan rawatan kemoterapi kata isteri kepada Khairul Anuar Husin dia kini sudah berhenti dari melakukan rawatan tersebut dan mencuba perubatan alternatif.
“Saya dah berpuluh kali membuat rawatan kemo dan terakhir pada awal tahun ini. Saya dah tak tahan dan akhirnya saya ambil keputusan untuk stop dan berserah kepada Allah,”ceritanya selain memberitahu kos rawatan kemo yang dijalaninya juga menelan belanja yang banyak juga menjadi sebab dia berhenti dari melakukannya.
Ditanya bagaimana dia berdepan dengan segala kemungkinan apabila penyakit kansernya di tahap serius, kata Elyana ia sememangnya susah untuk digambarkan.
“Ketika ini saya rasa selalu lesu dan sukar tidur. Dan setiap malam saya jadi seorang yang susah untuk tidur. Sebab saya takut saya tak dapat jumpa anak saya esok pagi.”
Dalam pada itu ujar Elyana anaknya Cinta Sumayyah sudahpun mengetahui tentang penyakit kanser yang dihidapi malah dia setiap hari mengingatkan anaknya tentang perkara itu
“Setiap hari saya akan cakap, ‘Cinta, bonda sakit kanser.’ Biasalah budak-budak akan tanya balik kanser itu apa?
“Saya ada kemo board dan dia akan pegang kemo board tu. Saya pesan pada Cinta supaya jaga kesihatan Cinta. Jangan buat bonda stres sebab bonda kena happy selalu. Setakat ini dia faham,”cerita Elyana.
Ujar penyanyi ini lagi penyertaan dalam Gegar Vaganza juga umpama penguat semangatnya untuk berdepan dengan penyakit yang dihadapi sendirian namun akhirnya dia akur untuk berkongsi berita itu dengan peminatnya.
“Malam ini, inilah masa untuk saya tidak menyembungikan lagi apa apa dari peminat. Saya tak nak sembunyikan apa-apa kesedihan saya bermula dari hari ini,”ujarnya.
Selepas mengumumkan berita mengejutkan itu, melalui perkembangan terbaru Elyana juga telah membuat setting private pada instagram miliknya.
Sumber: Berita Harian Online & Facebook Sayang Sayang DSV
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...