Asyik Tak Dapat Beli, Kita Buat Sendiri Roti Pandan Kelapa Viral

Share

Nampak macam roti Toastem yang viral tapi bukan. Yang ini pula roti pandan gula Melaka hasil air tangan baker Ritzuwan Syde. Lebih kurang saja. Rasa pandan dan kelapa tetap ada.

Kalau susah nak jumpa roti viral, kita buat sendiri roti versi ini ya. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi beliau.

Cara buat roti pandan gula Melaka

“Hari ni saya buat tiruvasi. Roti pandan gula Melaka. Jom kita start.”

Bahan-bahan

500g tepung roti
15g tepung susu
15g tepung ubi
14g kelapa parut
8g garam
50g gula kastor (jika sukakan manis, boleh tambah kuantiti gula kepada 20% atau 100g)
11g yis kering
5g bread improver *optional
10g pandan paste
40g shortening
330g sir tapis
30g gula melaka

Cara membuat

1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan.
2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”.
3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.

4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.

5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.

6. Pindahkan doh ke dalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.

7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. Saya biarkan kembang lebih sikit.

8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing).

Info: Rasa roti ini tidak semanis roti Toastem. Jika suka manis boleh tambah kuantiti gula.

Selamat mencuba.

Sumber:  Ritzuwan Syde & ritzthebaker.com

Jika bercadang nak beli breadmaker boleh klik SINI ATAU jika bercadang beli mixer boleh klik SINI

IKLAN