
Selepas namanya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018, penyanyi Shila Amzah yang turut cipta nama di China sekali lagi mengharumkan nama negara.
Terbaru Shila Amah merangkul dua anugerah di negara Tembok Besar itu. Penyanyi ini berkongsi perkara tersebut di dalam instagramnya kelmarin.
Shila menerima Anugerah Most Popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste dalam satu majlis yang diadakan di Zhengzhou.
Berkongsi kegembiraan ibunya Fauziah Sarman turut membuat naik ucapan tahniah kepada anaknya yang juga sekali gus hadiah hari lahir istimewa untuk Shila yang akan menyambut ulang tahun ke 28 13 Ogos nanti.
“Congratulations kakak. Awards yang ke berapa Mak tak ingat ☺️. Kakak sentiasa menjadi kebanggaan kami. Pada mak ni antara hadiah terbaik sempena hari jadi kakak yang ke 28 tahun pada 13Ogos ni..Alhamdulillah. Love you so much. 1. Most popular South East Asian Artiste, 2. Hottest International Artiste.”
A post shared by Puan Fauziah Sarman ? (@mamazie68) on
Dalam pada itu status di instagram Shila Amzah turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.
Sumber: shahilaamzah & mamazie68
Maskulin ‘Who’s Your Bro’, Bukan Rancangan Realiti TV ‘Klise’ Kerana..

Isi Kandungan
ToggleCabaran fizikal, mental dan semangat ‘brotherhood’ antara elemen menarik yang akan dipapar dalam Maskulin Who’s Your Bro, satu lagi program realiti terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria.
Hasil kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal membawa penonton melangkaui batas fizikal dengan menawarkan perspektif baharu bagi genre realiti TV.
Who’s Your Bro Serlah Makna Sebenar ‘Brotherhood’ Antara Lelaki!
Ketua Bahagian New Gen, Men & Hobbies Nu Ideaktiv merangkap Editor Pengurusan Maskulin, Fiezreen Ahmad berkata Maskulin Who’s Your Bro bukanlah sebuah program skeptikal, dimana buat julungkalinya program ini bakal memberi perspektif baharu terhadap hubungan ‘Brotherhood’ antara lelaki secara realiti.
“Rancangan Maskulin Who’s Your Bro dilihat mampu menyampaikan nilai maskuliniti yang sejati dengan pengisian tentang kisah perjuangan, kesilapan yang diatasi bersama serta bagaimana sokongan rakan mampu membawa perubahan besar.
Malah, seramai 12 orang peserta lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya, telahpun disenarai pendek dan akan dipasangkan menjadi duo dinamik, dalam mengharungi pelbagai cabaran yang bakal menguji daya ketahanan dan persahabatan sejati mereka sepanjang rancangan ini.
Maskulin Who’s Your Bro, Bukan Rancangan Realiti TV ‘Klise’
Mengulas lanjut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari turut menzahirkan rasa teruja untuk memperkenalkan Maskulin Who’s Your Bro kepada para penonton.
“Program ini membawa naratif baharu dalam dunia realiti TV dengan eksplorasi kekuatan emosi, ketahanan diri, dan bagaimana hubungan brotherhood dapat mencetuskan perubahan.
“Kami percaya bahawa rancangan ini akan merentasi sempadan budaya dan generasi. Dengan produksi yang penuh dedikasi dan penyampaian visual dan naratif yang tidak klise,” ujarnya.
Malah, Idlan dan Fiezreen sepakat bahawa rancangan ini merupakan satu manifestasi sempurna! Dimana sinergi antara kandungan premium Astro dan wawasan strategik Maskulin digabungkan menjadi satu.
“Kolaborasi ini tidak hanya mengubah norma tetapi juga membuka ruang untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang semangat persaudaraan lelaki. Bersama, kami mencipta platform yang meraikan kekuatan emosi dan fizikal secara holistik,” ujar mereka.
Senarai 12 Peserta Maskulin Who’s Your Bro Yang Bakal Berentap!
1. Ikmal Amry (Hero Drama)

2. Theeban G (Pelakon Aksi)
3. Nad (The Tank)

4. Dr Shazif (Doktor)
5. Irwan (Pakar Calisthenic)
6. Hakimi Noordin (Model)

7. Sadam Pittli (Abang Askar)

8. Asyraf (Abang Kontraktor)
9. Faidzal Ali (Abang Nasi Lemak)
10. Chee Wai (Pemilik Gimnasium)
11. Kelvin (Content Creator)
12. Syafiq (Mat Despatch)
Sekadar info, Maskulin Who’s Your Bro diilhamkan untuk mentakrif semula konsep maskuliniti dengan menonjolkan hubungan persaudaraan yang utuh, ketahanan emosi dan daya saing yang sihat antara lelaki.
‘Maskulin Who’s Your Bro’ dijangka bakal menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Ria bermula 29 November 2024, setiap Jumaat jam 9 malam.
Demi Penuhi Hasrat Nenek Usia 86 Tahun, 3 Beradik Sepakat Pakai Kembali Baju Kahwin Ibu 33 Tahun Lalu

Selalunya pengantin mesti nak gayakan baju ikut cita rasa sendiri bila tiba hari paling bahagia buat mereka. Busana pengantin yang paling indah di pandangan mata mereka.
Tapi lain pula buat Nor Farini Zulkefly dan dua adiknya, demi memenuhi permintaan sang nenek yang berusia 86 tahun mereka sanggup menggayakan mengenakan semula baju pengantin yang pernah dipakai ibu mereka 33 tahun lalu.
“Nenek kami yang sekarang usia 86 tahun kalau boleh nak tengok cucu-cunya pakai kembali baju kahwin yang ibu kami pernah pakai dulu.
“Memandangkan baju tu masih elok, jadi bermula di majlis persandingan saya tahun 2007 saya mengenakannya. Diikuti oleh adik perempuan dan lelaki saya pada tahun 2015 dan terbaru tahun ini,” kata Farini.

Ujarnya lagi kesepakatan dia bersama dua adik juga sangat menggembirakan kedua ibu dan ayahnya tatkala melihat anak-anak menyarung kembali busana kahwin songket lama yang penuh memori itu.
Menariknya Farini turut membuat perkongsian tentang tindakan mereka tiga beradik mengenakan baju kahwin ibu mereka dan gambar-gambar mereka tular di media sosial.
Ceritanya lagi kepada VK walaupun dah berusia 33 tahun tapi baju kahwin ibu dan ayah mereka itu masih lagi dalam keadaan elok kerana dijaga dengan baik oleh ayahnya yang sememangnya seorang yang sangat teliti.


Dalam pada itu akui Farini lagi, dia ada mengubah suami baju kahwin ibunya itu untuk memastikan ia muat dipakai oleh mereka adik beradik.
“Asalnya baju korong tapi kami ubah jadi kebaya. Memang agak rumit bebab perlu ditetas tapi ia kekal menggunakan kain yang sama.
“Kalau ada rezeki kami juga mahu baju kahwin turun temurun ini dipakai oleh anak-anak kami,” jelasnya.
//vanillakismis
Pro & Kontra Buat Joint Loan Dengan Suami Untuk Beli Rumah. Perkongsian Dari Penasihat Kewangan

Isi Kandungan
ToggleDisebabkan pendapatan yang tidak berapa tinggi ramai pasangan suami isteri yang mahu membeli kediaman meletakkan nama pasangan masing-masing dalam permohonan pinjaman perumahan.
Harapannya supaya profil kewangan lebih kukuh selain peluang untuk lulus pinjaman perumahan lebih tinggi. Namun begitu bagi suami isteri yang sedang merancang mengambil tindakan ini adalah baiknya menyemak dulu pro dan kontra melakukan pinjaman bersama atau joint loan.
Baca perkongsian yang dibuat dalam thread di Twitter oleh penasihat kewangan Mohd Kauthar Rozmal atau @mohdkautharr tentang perkara ini.
Bagus atau tidak buat joint loan dengan suami
Beli rumah joint loan dengan suami, bagus atau tidak? Mungkin ada yang tak tahu lagi, boleh baca thread ni.
Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k.
Jika beli dua nama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama
Jika suami meninggal dunia apa jadi?
Okay apa akan jadi jika si suami meninggal? Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2.
50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya
Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful. 50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.
50 % bahagian suami jadi harta pusaka. Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.
Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata.
Kalau parent tetap nak tuntut hak suami
Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah
Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah. Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan. Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai.
Apa isteri kena buat
Apa yang kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita
2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan
3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.
Dalam pda itu ada juga pinjaman perumahan Islamk yang menggunakan dua nama tapi si isteri tidak perlu membayar rumah jika suami meninggal dunia. Namun begitu bahagian suami tetap perlu faraid.
Sekiranya pihak suami mahu memastikan bahagiannya terus diberi kepada isteri maka sebaiknya membuat hibah bersyarat yang boleh dilakukan melalui perunding kewangan atau perunding harta pusaka @mohdkautharr
Sumber: @mohdkautharr