Pinggan bercorak ini memang cantik malah harganya juga banyak yang murah. Sebab itu ramai yang teruja membelinya hingga ada banyak koleksi di rumah.
Dekat nak sambut raya ini, lagi lah ramai yang suka tambah koleksi. Tapi sebaiknya hentikan terutama jika di rumah ada wanita hamil dan juga kanak-kanak.
Ini kerana kebanyakan pinggan bercorak ini mempunyai logam plumbum (dalam penghasilannya dan berbahaya kepada dua golongan ini.
Ads
Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
Ads
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Ads
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Terima bil elektrik yang tinggi setiap bulan memeningkan. Apatah lagi kalau mencecah lebih RM200, kos ini dah tentu menjejaskan perbelanjaan lain.
Untuk mengurangkan bil elektrik ini mahu tak mahu memang kita kena ubah apa yang kita lakukan sekarang. Dan perubahan ini pun sebenarnya bukanlah yang susah untuk dilakukan.
Seperti yang dikongsi oleh Mehmed Aezhad, hanya sedikit tindakan dan perubahan, iaitu tutup suis barang elektrik yang tak digunakan, bil api kediamannya berjaya dikurangkan. Pengurangannya pula lebih daripada separuh, dari RM208.90 kepada RM36.60. Ini yang beliau lakukan.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk.
Siang memang tak buka aircond.
2. Wifi
On Wifi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang (kat sini dah jimat elektrik juga).
5.Plug
Disebabkan pakai MBP (Macbook Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, caj 2 jam-3 jam dan tutup suis plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend balik rumah family or tidur rumah kawan (sesuai untuk yang bujang je ya)
Hasil penjimatan tengoklah bil ni
Tip Ekstra
Tutup kipas, lampu, tv di ruang yang tiada orang
Cabut plug barangan elektrik selepas digunakan
Beli barang elektrik yang ada label 5 bintang, produk ini direka untuk menjimatkan penggunaan elektrik
Menu ketam telur masin ini memang sedap. Confirm menjilat jari. Tapi jika makan di restoren harga untuk hidangan satu famili mahu mencecah ratusan ringgit.
Jadinya untuk jimat kita buatlah sendiri di rumah. Modal beli ketam. Bahan yang lain kebanyakannya ada saja di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian Izzati Insyirah Rosli. Mudah saja pun.
Masak sendiri ketam telur masin
1. Ini bahan-bahan yang digunakan;
Ketam
Telur masin direbus
Susu cair
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing.
2. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau tak mahu guna bahagian putih pun tak mengapa).
3. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
4. Ok ketam dah siap digoreng.
5. Panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
6. Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
7. Masukkan ketam yang sudah digoreng.
8. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi. Ok siap! Boleh makan dengan nasi panas.
Di pasaran memang banyak jenis cecair pembersih atau pencuci khusus untuk cermin. Harganya pun boleh tahan. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluar modal untuk bersihkan cermin baik tingkap, cermin hiasan, pintu sliding, di bilik air atau apa juga cermin yang ada di rumah.
Boleh praktik cara yang telah lama digunakan dan berkesan, hasilnya memang cermin bersih dan berkilat. Bagi yang tak tahu, kita boleh saja gunakan kertas surat khabar untuk bersihkan cermin. Tak perlu guna sebarang sabun pun. Caranya;
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...