Beli TV baru tapi tak sampai tiga tahun guna dah timbul masalah skrin berjalur pulak. Mula-mula ada gambar kemudian terus tinggal jalur saja. Gambar pun dah takde.
Ini antara masalah biasa TV di rumah kita. Bila dah jadi macam ni, ramai yang ambil keputusan untuk beli TV baru saja. Maklumlah TV ibarat satu keperluan terutama kalau ada anak kecil.
Tapi sebelum beli TV baru, elok juga kalau kita cuba baiki sendiri dulu. Untuk masalah skrin tv berjalur penyelesaiannya cukup mudah. Cuma guna sellotape saja. Caranya dikongsi oleh Eezwan Manaf.
DIY Baiki TV Rosak Berjalur Dengan Sellotape, Jimat beratus-ratus
Nak dijadikan cerita smart tv saya tiba-tiba keluar jalur. Tak ada tanda-tanda pun. Tengah tengok TV tiba2 berjalur dan terus tak ada gambar.
Dalam hati habislah kopak duitku nak dekat raya ni. Tapi dalam masa yang sama duk survey TV baru kat Shopee. Haha.
Saya whatsapp electrician tanya dia boleh baiki tak? Katanya LCD model tv ni tak ada stok. So tak boleh buat apa2. Tapi TV tak ada crack, LCD cun lagi. Baru pakai 3 tahun. Alamak kena buang ke?
Ads
Saya cuba Google tentang cara baiki tv rosak berjalur ni dan jumpa banyak artikel yang berkongsi satu video ni kat Youtube. Saya pun kata why not kalau try cara ni walaupun tv tu berlainan brand dan jenis.
Jadi pagi ni, saya menggunakan segala kepakaran teknikal saya. Kita londeh satu-satu.
Jalur macam gambar di atas jadi tiba- jadi tau. Tengah tengok Youtube waktu ni. Mula-mula nampak sikit pastu terus out.
2. Ini bahagian belakang TV, saya buka semua skru dan tarik keluar. Senang je yang ni, dia tak ada klip-klip. Boleh cabut terus lepas semua skru dah dibuka.
2. Ini lah bahagian PCB atau board dia. Cari 2 kabel macam dalam gambar yang warna putih tu. TV lain mungkin berbeza sikit. Yang penting ada kabel macam tu.
Ads
3. Ini 2 kabel yang disambungkan kat PCB. Yang ini la kena cabut dan letak sellotape kat belakang tu. Kena cuba satu-satu. Kalau yang A tak jadi, try yang B pula.
4. Sellotape biasa saja. Ini yang dah sedia ada. Kena potong kecik sikit.
Ads
5. Sellotape kat bahagian ini saja. Belakang cable tu. Nanti tengok video kat sini https://youtu.be/7QyZTa8fO-c Kenapa kena tutup kat sini jangan tanya saya. Tengok je video.
6. Akhirnya berjaya! Boleh buka servis baiki tv rosak la lepas ni!
Antara makanan viral terkini yang asyik lalu lalang di media sosial kita adalah nachoas loaded. Dalam satu video yang tular, jajan nachoas dibawa sendiri kemudian, peniaga menambah bahan-bahan di dalamnya. Memang meriah hingga membuatkan kita teruja untuk merasa.
Jika teringin untuk menikmatinya tapi tak sanggup beratur panjang untuk membeli, apa kata buat sendiri mengikut cara yang dikongsi oleh Tuan Adriana Arissa. Kelebihan bila buat sendiri nachoas loaded ini kita boleh letak bahan yang kita suka, ikut suka banyak mana.
Buat sendiri nachoas loaded, guna nachoas timbang kilo
Bahan – bahan
Nachoas timbang kilo (boleh guna perisa barbeku)
500g-1kg daging cincang
Bawang putih -dicincang
Garam
Gula
Blackpepper
Sos Cheese – Swiss Bear
Bahan-bahan sos putih
2 sdb plain yogurt
2 sdb cream cheese – jika suka
4-5 sdb mayonis
3 ulas bwg putih
1/4 sk garam
1 sk blackpepper
1 sdb jus lemon/limau
1 sk Parsely
Air sikit ikut kepekatan
Gula
Bahan sos hijau
Daun ketumbar secukupnya -dicincang halus
4 sdb mayonis
1/4 cawan air secukupnya – ikut kepekatan
2-3 biji cili padi hijau
1 sdb jus lemon/limau
Avocado -jika suka
Garam
Gula
Bahan sampingan
Bawang India -dipotong dadu
Tomato -dipotong dadu
Timun Jepun -dipotong dadu
Lada benggala -dipotong dadu
Cara penyediaan
1. Goreng tanpa minyak daging cincang. Masukkan bawang putih dan sambung tumis sehingga daging masak (boleh tambah sos bolognese jika suka). Apabila daging sudah masak, ketepikan.
2. Satukan semua bahan sos putih, lalu gaul sehingga bahan sebati.
3. Kemudian satukan juga semua bahan sos hijau, gaul hingga semua sebati.
3. Masukkan nachoas dalam bekas, letakkan daging yang sudah dimasak tadi serta semua bahan-bahan sampingan.
4. Kemudian letak sos putih, sos hijau dan sos cheese. Gaul sebati semua bahan sebelum dinikmati.
Melihat perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman seakan melihat katalog Ikea. Memang boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Mendiami kediaman rumah rakyat tapi sentuhan dekorasinya cukup cantik walau pun ringkas.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Semua perabot kayu DIY, jimat sekali boleh!
Deko raya PKP 2021 di rumah mesra rakyat. Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan & diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh jimat.
Meja dan kerusi dari kayu pallet dan kayu papan rumah arwah datuk.Kos wainscoting, kayu RM36, gam RM7, paku RM2, cat guna apa yang ada. Rak dan kerusi DIY jugaRuang tamu cermin & meja tepi DIY, yang lain beliAsalnya rak anak, makeover jadi rak TVMainan anak pun buat sendiri.
Rak dan meja di dapur daripada kayu juga
Rumah kucing pun ada
Memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Baru saja lap semalam hari ni, esoknya habuk dah bertepek semula pada kabinet, rak, meja, perabot dan peralatan dalam rumah. Takkanlah nak lap hari-hari. Tambah pula sekarang cuaca berjerebu lagilah banyak debu yang masuk dalam rumah.
Kaedah elak habuk melekat dalam rumah
Antara sousi yang boleh dilakukan untuk kurangkan habuk dalam rumah adalah dengan menggunakan bancuhan cecair pelembut pakaian.
Tak perlu tambah apa-apa bahan lain hanya cecair ini saja bersama air paip. Bancuhan dua bahan ini saja sudah cukup untuk mengurangkan habuk hinggap pada perkakas dalam rumah. Jadi takdelah selalu sangat kena lap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh wawadels dan dikongsi oleh beliau. Ujarnya sejak menggunakan cara yang dipelajari dari kakak beliau habuk kurang melekat di dalam rumah.
1. Caranya cuma sediakan 1 penutup cecair pelembut pakaian dan juga 1 liter air. 2. Kemudian campurkan kedua bahan in dalam botol spray.
3. Sembur pada perabut, meja, rak dan sebagainya untuk mengelakkan habuk melekat kemudian lap dan biar kering.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...