Bancuh Foam Ini Untuk Buat Sendiri Hot Cappuccino Yang Sedap Berlemak. Confirm Ketagih!

Share

Kalau korang antara yang banyak menghabiskan duit membeli kopi di kafe terkenal mungkin boleh gunakan cara ini untuk lebih jimat tapi dalam masa yang sama tetap menikmati kopi yang sedap.

Caranya buat sendirilah, apa lagi. Bagi yang suka minum cappucino panas boleh ikut cara membuat kopi ini yang dikongsi oleh Safillah Alivi.

Menurut mereka yang sudah mencubanya, rasa kopi ini memang lazat, sedap lemak berkrim.

Buat sendiri hot cappuccino yang sedap amat

Terima kasih pada yang share coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee dibuat barista kafe ternama. Saya buat extra untuk simpan seminggu dalam fridge.

Cara membuatnya

1.Masukkan 4 sudu coffee bersama 4 sudu brown sugar dalam bekas (saya guna Nescafe decaf)

2. Masukkan air panas 4 sudu.

3. Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan. Putar dalam 5 minit, bergantung pada kuantiti coffee dan gula.

4. Mix sampai gebu macam ni. Nanti nak guna ceduk saja.

5. Cara membuat secawan hot cappucino, panaskan susu segar (bukan guna susu pekat manis ya). Kemudian ambil sesudu bancuhan kemudian campur dengan susu panas. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni.

Bancuhan atau foam ini tahan seminggu letak dalam peti ais dan akan kekal kental jika diputar sempurna.

Selamat mencuba.

Sumber: Safillah Alivi

IKLAN