Dalam masyarakat Melayu, kita diturunkan banyak petua daripada nenek moyang zaman dulu. Termasuklah petua bila makan durian yang kita ini sedang musimnya.
Selepas makan durian kita disuruh minum pula air dari pangsa buah durian. Meski zaman dulu tiada kecanggihan teknologi untuk membuat pelbagai kajian tapi hairannya mereka tahu akan khasiat dari pangsa buah durian itu sendiri.
Perkara ini diakui oleh Dr Suri Roowi dalam satu perkongsian beliau.
Biasanya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis BUAH, menunjukkan bahan khasiat tinggi dalam dalam kulit buah khususnya ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan kulit durian bersifat antikencing-manis.
Kulit durian juga kaya dengan enzim semula jadi contohnya poligalakturonase. Justeru minumlah air guna PANGSA durian selepas makan durian.
Lebih elok jika PANGSA durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Selamat mencuba
Walaupun kuih ini asal daripada Kelantan tapi ramai saja dari negeri lain yang menggemarinya.
Cuma bila nak buat sendiri selalu ada masalah cek mek jadi keras, air gula terkeluar dan rupa parasnya tak menjadi elok.
Sebenarnya nak buat kuih ini ada tip dan tekniknya, barulah kuih cek mek molek ini jadi ‘jelita’. Dikongsi oleh Ju Mohamad, in rahsianya.
– Sukatan adunan bergantung pada ‘keadaan’ ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.
– Saya guna ubi keledek kulit berwarna oren (isi oren). Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk, biarkan kering air (jangan letak air banyak sangat).
– Kemudian sejukkan ubi, saya sejukkan depan kipas.
– Seterusnya lenyek ubi, boleh guna tapak gelas atau lesung batu.
– Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sampai tepung tak lekat pada tangan. Jangan guna banyak tepung nanti kuih keras.
– Tepung ini digunakan untuk ubi keledek jadi doh saja, jadi guna sedikit saja.
– Ada tip letak baking powder, ada yang letak marjerin. Untuk adunan saya guna tepung gandum saja. Tak tambah apa-apa kecuali garam yang dimasukkan semasa rebus ubi. Jika tak cukup masin boleh tambah waktu ini.
– Sebaiknya uli adunan sebelah malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula. Esok baru goreng. Nanti tepung jadi cantik. Tak bau gandum.
– Mula-mula masukkan cek mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar jadi KULIT. Selepas itu baru perlahankan api.
– Teknik ini kita digunakan untuk elakkan dari cek mek jadi buncit dan pecah keluarkan air gula semasa goreng disebabkan api perlahan.
– Lagi satu letak gula masa nak menggoreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali. Gula terpulang nak letak banyak mana. Saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.
Bagi yang memelihara kucing semestinya mahukan anak bulus dalam keadaan sihat, bulu lebat, kembang dan gemuk. Barulah sedap nak membelai.
Tapi kalau lihat kucing di rumah kita sebaliknya, jangan kecewa. Ada saja cara untuk menggemukkan anak bulus-anak bulus kita.
Boleh ikut perkongsian Irene Audrey Amber . Dia menggunakan tiga bahan ini sebagai makanan tambahan untuk kucingnya untuk menggemukkan mereka.
Seminggu 2-3 kali saya akan memberikan makanan ini.
Dry food tak beri yg mahal. Saya beri brand happy cat saja. RM16/kg.
Langsung tak bagi supplement bagai.
Cuma berikan hidangan ini :
Labu – direbus Isi ayam – direbus kuning telur mentah
Cara penyediaan : Gaulkan tiga bahan ini dan beri pada kucing 2-3 kali seminggu.
Kuning telur mengandungi Vitamin B12, zat besi dan Vitamin D. Khasiat ini membantu mencantikkan bulu kucing, mempercepatkan proses kucing gemuk dan merawat penyakit kucing.
Tapi pastikan tidak diberi dengan banyak, bukan cepat gemuk bimbang kucing boleh muntah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...