Barli rebus selalu kita sediakan bila demam atau panas badan. Tapi ia sebenarnya bukan sekadar minuman penyejuk badan, barli ini kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Antaranya membantu turunkan kolesterol, kawal berat badan, elak sembelit dan bantu stabilkan gula dalam darah. Malah, air barli juga dikenali sebagai minuman yang sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu.
Cuma, kalau setiap hari nak rebus barli, memang leceh dan makan masa. Sebaiknya rebus sekali dan simpan dengan kaedah ini supaya tahan lama.
-Rebus satu cawan barli bersama tiga cawan air. Guna api perlahan, biarkan barli masak sampai lembut dan air jadi sedikit pekat.
-Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya. Kemudian masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
-Setiap kali nak minum, ambil dua sudu besar barli rebus tadi, campur dengan satu gelas air panas mendidih. Biarkan lebih kurang 30 minit sebelum diminum. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
-Sebaiknya jangan tambah gula supaya lebih sihat. Sebelum rebus, basuh barli sekejap untuk bersihkan kotoran.
Sumber: Eja Razak
Baca Lagi: Petua Buat Air Barli Lemon Untuk Turunkan Kolesterol & Berat Badan