Seronok tengok gambar pelakon Zizie Izette bercuti di Santorini, Greece. Turut membawa anak kembarnya Aadam Zac dan Aaleph Zeke ke sana, isteri kepada Datuk Bung Mokhtar ini juga berkongsi foto-foto percutiannya yang khabarnya selama sebulan di instagram.
Selain baby kembar yang comel apa yang turut menarik perhatian adalah penampilan Zizie selama di sana. Dengan bentuk badan yang semakin langsing dia nampak cukup cantik sekali.
Tapi sebenarnya tak hairan jika Zizie tampil goergeous sebab katanya baju-baju yang dipakai ketika bercuti kali ni kebanyakannya ditaja designer lagi. #jeles ok!
Wanita ini pernah menderita kerana kulitnya teruk selepas menjadi mangsa memilih produk kosmetik dan penjagaan kulit yang salah. Dia ketika itu terpesona dengan janji-janji bakal memiliki kulit cantik selepas memakai produk yang begitu popular suatu ketika dulu. Tanpa disedari produk itu sebenarnya mempunyai merkuri.
Nina Nadia Sahim, 29, mengakui memang kulitnya cantik pada awal penggunaan. Namun apabila dia berhenti menggunakannya, kulitnya berubah menjadi teruk-seteruknya.
Apabila dia mengandung, dia risau merkuri dalam produk itu boleh mengancam bayi dalam kandungan. Bermulalah episod sedih dalam hidup apabila kulit mulai teruk.
Tidak mahu membiarkan kulit terus tidak cantik, Nina belajar membuat masker menggunakan bahan semula jadi. Antaranya pisang, nanas dan kayu manis.
Hasilnya, wow. Kulit yang dulunya teruk kembali cantik malah berseri-seri.
Nina kongsikan resipi membuat masker menggunakan pisang. Pisang mempunyai potasium yang boleh membantu kulit wajah menjadi lembap. Kulit wajah perlu lembap supaya tidak mudah nampak kesan garis halus.
1 biji pisang
2 sudu besar yogurt
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit serum
1)Lumatkan pisang sehingga betul-betul lembut.
2)Masukkan yogurt dan serbuk kayu manis.
3)Masukkan serum dan kacau sehingga sebati.
4)Ratakan pada seluruh wajah.
5)Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
6)Lap kering wajah anda menggunakan tuala bersih.
1)Pakai masker seminggu sekali sahaja.
2)Pakai pada waktu malam kerana ketika itu kulit wajah sedang dalam mood rehat.
3)Jangan tunggu sehingga terlalu kering baru nak bilas. Kalau terlalu kering, kulit wajah lebih cepat nampak tua. Biarkan hanya 10 minit sahaja, kemudian bilas.
4) Kalau kulit anda berjerawat, jangan letak banyak sangat serbuk kayu manis. Bimbang sakit pula di tempat jerawat tu. Letak sikit sahaja. Kurang dari 1/2 sudu kecil pun tak apa.
Masker pisang sangat bagus untuk orang yang kulitnya kering. Ini kerana kulit akan menjadi lembap dan lembut.
VK bertemu dengan Nina di majlis sidang media produk i Flawless di Petaling Jaya. Nina ialah pengasas bagi produk tersebut. Seram kan dengar kisah Nina. Boleh rosak kulit kalau kena guna produk yang ada merkuri ni.
Bukan setakat diri sendiri boleh kena kesan, kalau mengandung, baby dalam perut pun boleh kena kesan merkuri tu tau. Jadi, berhati-hatilah ya. Gunalah bahan semula jadi je. Lebih selamat. Selamat mencuba.
Setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata mula la berkabus. Begitu juga bila keluar dari pada pejabat.
Satu hal pula nak kena lap sebelum mula jalan. Ada juga yang terus melangkah dan terlanggar benda gara-gara penglihatan tak jelas gara-gara cermin mata berkabus ini. Bila pakai penutup muka pun sama.
Hanya mereka yang memakai cermin mata saja faham situasi ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata kita berkabus bila keluar dari tempat berhawa dingin dan ketika mengenakan mask.
Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.
Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap. Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.
Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...