Selalunya bila buat sendiri pasta carbonara atau makan di restoren hidangan ini akan ada kuah kadang-kadang banjir.
Tapi rupanya hidangan pasta carbonara yang asli hanya sedikit basah bukannya sampai berkuah. Info ini dikongsi oleh Wan Luqman dan beliau juga menunjukkan cara untuk menghidangkan pasta carbonara sebenar ala kafe mewah 5 bintang.
Cara buat ‘world class’ pasta carbonara di rumah
Ikut resipi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resipi ni buat sos from scratch, tak guna instant sauce dan tidak menggunakan tepung jagung! I ‘kenot’ brain betul dengan i buat carbonara guna tepung jagung.
Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (butter dan tepung gandum). Elemen penting dalam membuat carbonara ini adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Apa hasilnya? Sedap gile!
Bahan-bahan
60gm spaghetti (saya guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Cara membuat:
1. Kadang-kadang susah nak bajet untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ini. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan. Tapi dalam resepi ni saya guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ada bau yang kuat. Kurang enak nanti. Saya guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab ada lemak. Ini untuk menggantikan bacon. Sepaket beef lean ni harganya RM10, rasanya dan boleh beli di pasar raya.
3. Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu saya guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih akan keluar di celah jari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.
Ads
4. Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna sebiji telur boleh cuma kena lebihkan keju. Dan risiko kalau guna sebiji telur, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.
5. Pukul sampai pekat macam mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat, nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan alat tu.
6.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
7. Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli, hotdog pun boleh. Kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris.
Ads
8.Kemudian masukkan spageti yang sedang direbus. Pastikan spageti hampir nak masak tau. Jangan dah betul betul masak sebab nanti spageti lembik serta mudah putus. Ceduk air rebusan spaghetti ikut pada kuah banyak mana nak.
9.Bila air rebusan spageti dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spageti inilah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab itu tak perlu susu dah. Kalau nak buat untuk anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
10. Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Saya ambik 4-5 sudu besar macam tu. Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
11. Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti.
Ads
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spageti tu sampai rasa kena cita rasa.
Dah siap. Tak guna garam tambahan atau gula. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
13. Hancurkan dan tabur beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ya.
14. Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah di rumah.
Carbonara original ianya tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah olah hampir tidak berkuah. Hidangan ini basah-basah sikit sebenarnya.
Cara tanam labu tepi rumah, kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.
Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan sendiri, malah lebih dari cukup. Jika nak cuba tanam boleh guna perkongsian Weekend Baker ini sebagai panduan. Benih ambil saja dari labu yang kita beli untuk masak tu.
Cara tanam labu dari biji benih
1. Labu ini benihnya dari labu yang saya beli untuk masak.
2. Benihnya saya semai, apabila tumbuh tunggu sehingga keluar daun sebenar. Bukan sekadar daun bulat atau tunas.
3. Bila dah ada empat daun dan cukup besar pindahkan dalam poli beg atau nak tanam atas tanah pun boleh. Bila tanam tanah hendaklah separas dengan daun bulat yang asal.
Pokok labu adalah tumbuhan menjalar dan akan pergi ke arah cahaya matahari. Jadi pastikan ada ruang untuk pokok menjalar.
4. Penjagaan seperti biasa kena siram setiap hari dan baja. Sebelum batang guna baja daun, bila dah cukup dewasa gunakan baja untuk buah.
5. Apabila pokok labu sudah berbunga rajin-rajinlah perhatikan bentuk bunganya. Bunga yang buncit seperti labu kecil adalah bunga betina. Bunga jantan lebih kembang tanpa labu kecil tu.
Inilah bunga betina, ada bulat di bawah kelopaknya.
6. Untuk memastikan bunga betina jadi buah kita boleh bantu proses pendebungaan. Caranya, ambil debunga jantan kemudian sapukan kepada bahagian stigma bunga betina untuk membantu proses pendebungaan. Kalau terlambat untuk proses ini buah labu tak akan menjadi dan bunga betina sangat cepat gugur.
Boleh saja kalau kita tak nak buat proses ini dan biarkan semut dan lebah bantu pendebungaan. Cuma kadang-kadang semut dan lebah tiada di kawasan rumah jadi kita kenalah bantu jadi ‘tok kadi’ kahwinkan bunga ini. Insya-Allah mana sempat mesti nampak buah membesar.
Ini cara saya tanam pokok labu ya, sekadar perkongsian.
Ramai yang suka makan nasi Arab, tapi kalau makan di restoran harganya mahal apatah lagi kalau nak bawa satu famili.
Kalau nak jimat caranya kena masak sendiri. Nampak macam remeh masak nasi arab ini, tapi kalau ikut resepi yang dikongsi Norashikin Ismail ini cukup mudah dan diakui sedap oleh penggemar nasi arab.
Lagi menarik tak guna pun rempah nasi Arab yang dijual tu. Pakai bahan apa yang ada di dapur pun dah sedap. Apa lagi, jom cuba!
Sedap macam makan kat restoren
Alhamdulillah betul-betul sedap resepi Nasi Arab ni. Tanpa guna rempah yang dijual pun. Husband dan anak-anak puji sedap & sama macam makan kat kedai.
Bahan utk rebusan ayam & sup
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2 sb )
Akar ketumbar
Garam
– Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak perlu kisar ya, masuk terus macam tu saja. Nak kuah lebih tambah bahan-bahan)
Bahan untuk nasi
Bawang besar setengah biji -dimayang*
Halia satu inci & rempah 3 sekawan*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cawan beras, 1 1/2 cawan air ( Basmathi )
Garam
– Tumis semua bahan bertanda masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi.
Bahan untul sambal Arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
– Kisar dan tambah jus lemon
Salatoh
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
Satukan semua perah lemon
Ayam versi bakar
(Saya lebih suka versi msuk dlm nasi, lembut isinya)
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
– Perap ayam seketika & bakar dalm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 minit.
Buat sendiri patty ayam, senang kita nak buat sendiri burger bila bila masa. Berbaloi, sebab anak-anak pun memang suka makan burger kan.
Tambah pula sekarang harga hidangan burger pun tak murah terutama kalau nak makan sekeluarga. Untuk jimat belanja kita buat sendiri, lagipun bahan-bahannya kebanyakannya memang dah ada di rumah.
Buat sendiri patty ayam homemade
Bahan-bahan
400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 btg lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang holland
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk lada putih
1 sk chilli flakes
1 sk mixed herbs
6 sb tepung ubi kayu
2 sb mentega
Cara membuat
1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.
2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
3. Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yg sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dlm peti sejuk beku.
4. Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Boleh beli roti burger atau gunakan roti keping biasa pun boleh untuk buat hidangan burger homemade. Kita buat dia!
TIP
Simpan patty dalam bekas kedap udara, boleh tahan 2 hingga 3 bulan dalam peti sejuk beku.
Boleh juga tambah bahan-bahan lain seperti keju atau jika mahu lebihkan rasa pedas.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...