Tidak lengkap hidangan asam pedas atau kari tanpa adanya bendi. Dikenali dengan nama ‘lady finger’ dan antara tanaman sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia.
Ketinggian bendi kira-kra 1.5 meter ini menjadikan ia pokok tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu.
Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.
Tumbuh subur dalam pasu.
Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.
Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
Ads
2. Medium Tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.
Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
Puas makan hasil tanaman sendiri.
3. Semai Biji Benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Ads
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.
Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi Tanaman
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
Ads
5. Cara Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis.
Nak buat ikan atau ayam goreng mesti kena gaul dengan kunyit guna tangan. Bila dah gaul ini tahu sajalah tangan mesti akan jadi kuning. Biasanya walau dibilas dengan air dan guna sabun kesan kuning ini susah hilang.
Kalau duduk di rumah saja tak mengapalah, tapi jika selepas memasak nak keluar atau bekerja dengan tangan kuning segan pula. Supaya kesan kunyit cepat tanggal boleh guna cara yang dikongsi oleh Wawadels.
1. Lemon/limau
Ini cara paling berkesan untuk hilangkan kesan kunyit dengan cepat. Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa.
2. Cuka
Boleh juga cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.
3. Minyak zaitun / minyak kelapa
Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.
4. Garam dan minyak
Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.
5. Baking soda
Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.
Buah limau mandarin ini memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.
Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.
Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.
Ia bertujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Elak masalah batuk bila makan limau mandarin?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau!
Bayam Brazil ini antara pokok sayur yang banyak ditanam di kediaman sejak diviralkan dulu. Tambahan pula ia mudah dijaga dan cepat untuk dituai. Tapi tak semua yang tanam sayur ini dapat hasil yang diinginkan.
Ada yang pokoknya kurus dan daunnya kecil. Supaya bayam Brazil yang ditanam daunnya gemuk dan lebar boleh ikut info yang dikongsi oleh Alin Lin ini. Selalu berkongsi tip bercucuk tanam melalui pengalaman beliau, ini adalah soalan yang selalu diaju soalan-soalan ini tentang bayam Brazil.
1. Macam mana nak bagi pokok bayam ni besar dan lebar daunnya? Bayam ini suka air. Banyak air tanah lembab dan cukup baja daunnya memang besar. Ini dua tip untuk dapat hasil daun yang lebar dan gemuk.
2. Kenapa saya tanam daun kecil daun kuning? Sebab terlalu panas dan kurang air
3. Kenapa saya tanam pokoknya tinggi dan tak rendang? Sebab tak dipotong, bila pokok bayam sedia untuk di tuai keratlah batangnya nanti akan tumbuh tunas yang baru.
4. Baja apa yang sesuai untuk pokok bayam ni? Baja daun.
5. Bolehkah saya tanam di tempat yang redup? Boleh jika ada cahaya matahari pagi dan redup sebelah petang. Daunnya lagi cantik dan hijau.
Tip supaya bayam brazil mudah merebak, segar & tahan lama
Bayam Brazil juga cantik dijadikan hiasan kerana bentuk daunnya yg beralun dan nampak segar. Bayam Brazil juga boleh ditanam dalam pasu akan tetapi sampai tahapnya bila akar mula penuh bolehlah cabut dan tanam semula kerana akarnya tak dapat berkembang dan daun menjadi kecil.
Begitu juga jika ditanam atas tanah bila sampai satu tahap ia sering dipotong daunnya juga akan mengecil cuma jangka hayat di atas tanah lebih lama berbanding di dalam pasu. Tanam di atas tanah lebih mudah merebak, lebih, besar, segar dan tahan lama.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...