
Bila pilih ayam untuk dibuat lauk dah tentu kita mencari yang segar saja. Tapi masalahnya bila kita simpan lama dalam freezer ayam ini dah jadi kurang segar.
Sebenarnya ada petua mudah yang boleh kita praktikkan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan kemerahan. Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.
Petua isi ayam kembali segar kemerahan

Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa.
4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar
Tip ekstra
-Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
-Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.
Semoga bermanfaat
Sumber: Rohaida Ieda.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Paling Mudah Tapi Tetap Sedap, Guna Daun Apa Ada Saja

Lauk sambal tempoyak daun kayu yang asal memang tak dinafikan paling sedap. Penuh dengan pelbagai daun ulam yang dihiris halus. Tapi kalau tinggal di bandar, agak susah untuk dapat ulam-ulaman ini.
Sudahnya kalau terasa nak makan kita buat sambal tempoyak daun kayu versi paling simple. Guna apa yang ada keliling rumah, dalam peti ais atau yang senang jumpa. Caranya dikongsi oleh Ina Abbas.
Cara buat sambal tempoyak daun kayu guna bahan apa ada saja

Saya panggil sambal tempoyak daun kayu. Kalau ikut versi sebenar dari Negeri Sembilan, banyak guna daun ulam-ulaman yang diracik halus & dilebur sekali tanpa ditumis.
Tapi yang ini versi simple, guna apa yang ada dalam peti & keliling rumah. Paling penting mesti ada petai & tempoyak. Masak pekat-pekat & pedas-pedas. Makan dengan nasi panas, memang terangkat.
Bila hidang ini tak perlu banyak menu lain. Makan dengan ikan goreng paling best, tapi kat rumah ada ayam saja, jadilah.
Bahan-bahan
Cili api
Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
Serai
Sedikit ikan bilis
Bahan dikisar
Bawang kecil
Pucuk ubi
Daun kunyit
Bahan dimayang/hiris halus
Ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
Petai
Santan pekat
Tempoyak
Asam keping
Pucuk ubi direbus smpi empuk

Cara membuat:
1. Dalam kuali atau eriuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan kisar serta bawang kecil yang dihiris.
2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.
3. Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
4. Masukkan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
6- Bila kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai. Gaul sebati dan masak hingga daun-daun cukup masak. Sedia dimakan bersama nasi.

Selamat mencuba.
Sumber: Ina Abbas
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

Siapa saja yang tak suka makan donut ini, dari anak kecil sampailah yang dewasa kebanyakannya suka. Dapat pula donut susu yang lembut teksturnya, tak liat lagilah sedap.
Biasanya kalau nak dapatkan donut lembut sebegini kita akan guna pelembut roti tapi sebenarnya tak guna bahan ini pun boleh. Ada cara lain untuk dapatkan donut yang lembut malah kekal begitu sampai petang.
Dikongsi oleh Nurul Ijlah penjual donut sendiri, ini cara membuat adunan donut yang lembut tanpa guna pelembut roti.
Cara buat donut susu yang lembut tanpa guna pelembut roti

Ijla nak share resepi donut susu yang hot sales sekarang ni, kalau open order je ramai betul yang nak. Adunan uni tanpa pelembut roti ya tapi tetap lembut sampai petang.
Bahan-bahan
250g tepung hp
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung tak sama)
1 sdb susu tepung (saya guna Fernleaf full cream)
40g gula
30g butter
2-3gm yis
Cara membuat:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker, masukkan sekali tepung, susu tepung dan gula.
2. Set masa uli lebih kurang 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter. 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli smpai yis sebati dengan doh.

3. Selesai uli, bolehlah rounding dann bentukkan doh ikut berat yg diingini.
Info: Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras donut akan keras. Cukup sekadar doh tak melekat di tangn dan mudah untuk proses rounding
Tip menggoreng donut

- Sebelum menggoreng angkat doh yang dah dibentuk, pastikan doh tak mlekat di tangan dan rasa ringan. Bila ditekan guna jari doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari masih ada sikit saja.
- Kalau tiada kesan jari maknanya masih belum boleh digoreng sebab still underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.

- Untuk menggoreng gunakan api perlahan dan minyak kena panas. Goreng donut dengan cara 1 kali balik.
- Untuk salutan, guna sukatan 2:1, susu tepung 2 sdb: gula castor 1 sdb. Blend dan salutkan donut bila dah suam sejuk.

Semoga bermanfaat
Sumber: Nurul Ijlah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Simpan Udang Supaya Kekal Segar, Manis & Pejal Macam Baru Beli

Beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam.
Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.
Tapi ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Tip ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.
Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!

Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.
Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!
Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.
Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).
Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk kekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.

Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.

Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

