Begini Caranya Tanam Ubi Kentang Dalam Pasu, Dah Naik Pucuk Baru Tambah Tanah Lagi

Share

Biasanya bagi mereka yang baru belajar menanam akan tanam pokok herba atau sayuran yang mudah seperti sawi atau kailan.

Tidak pernah pula terfikir untuk menanam ubi kentang. Rupanya tidak susah untuk menanam sendiri ubi kentang ini di rumah.

Perkongsian dari Syakizany Yusof dari Page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang minat hobi bercucuk tanam.

Malah dia hanya menanamnya dalam pasu dan menggunakan kaedah tertentu bagi memastikan tumbuhan hidup subur.

Cara Tanam Ubi Kentang Dalam Pasu

Bahan-Bahan:
– Ubi kentang
– Pasu
– Tanah
– Lidi

Cara mudah tanam kentang.

Cara Menanam:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( 4 biji kentang dibelah dua).

Cucuk lidi.

2. Apabila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.

Tanam dalam pasu.

3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.

Guna cara tertentu.

4. Siram pokok sehari sekali. ( Tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.)

Info Tambahan:
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah apabila daun bawah mula menguning. (GAMBAR : hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan)
2. Apabila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang itu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tidak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tidak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tidak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, itu tidak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas saja, sudah naik anak pokok barulah tambah tanah lagi.
5. Hanya tanam dalam pasu saja, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.

Artikel berkait:

Bestnya Tanam Sawi ‘Giant’. 21 Hari Dah Boleh Tuai

Cara Tanam Asparagus Hasilnya Lebih 30 Tahun Boleh Makan

IKLAN