Hobi & Minat

Cara Betul Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama, Tak Kecut & Layu

Share

Beli sayur banyak, hajatnya nak memasak tapi tak jadi. Sudahnya sayur dibila disimpan  dalam peti ais jadi layu dan lembik.

Sayur kalau tak betul cara penyimpananya memang akan cepat rosak, supaya tak  membazir boleh praktik cara simpan sayur yang diamalkan oleh bekas peniaga kedai makan ni.

Kata Rohanoradila Aidil ada sayur yang cepat kering, kecut dan layu walau disimpan dalam peti. Oleh itu perlu tahu cara yang tepat untuk menyimpannya.

Ini adalah cara yang diamalkan sejak berniaga dulu.

1. Sayur yang dibeli tak perlu dibasuh untuk elak jadi lembik. Hanya basuh bila mahu menggunakannya.

2. Sediakan tisu yang telah dilembapkan kemudian alas dalam bekas untuk menyimpan sayur.

3. Sebelum masukkan sayur, pastikan tiada sayur yang rosak, takut berjangkit.

4. Sayur boleh juga dipotong sebelum disimpan untuk memudahkan kerja memasak nanti.

5. Masukkan sayur dalam bekas yang dialaskan dengan tisu yang dilembapkan tadi dan simpan dalam peti sejuk.


Pesan Rohanoradila, lepas simpan simpan jangan perap terus dalam peti ais. Kenalah masak ya!

Selamat mencuba!

Sumber Rohanoradila Aidil

 

IKLAN