Belajar Buat Sendiri Kulit Tart, Tak Susah Mana & Boleh Jadi Sumber Pendapatan Juga!

Share

Cheese tart, blueberry tart, fruit tart dan sebagainya memang kegemaran ramai. Nak buat desert ini kena ada kulit tart.

Sekarang mudah, kita boleh beli saja kulit tart di bakeri, tak perlu buat lagi. Tinggal buat filling saja,  senang kerja.

Memandangkan desert ini memang disukai, permintaan untuk kulit tart pun tinggi. Selain buat untuk hidangan sendiri, kita sebenarnya boleh jadikan kulit tart ini sebagai sumber pendapatan seperti yang dilakukan oleh Hlinda

ini.

Jika ada yang nak cuba dan jadikan ia punca rezeki atau pendapatan sampingan, beliau juga berkongsi cara membuatnya.

Kulit tart boleh jadi side income

Siapa sangka kulit tart ini bole jadi side income. Sekarang ramai yang malas nak buat kulit tart sendiri. Kulit tart ini boleh digunakan untuk buat cheese tart mahu pun fruit tart. Saya halalkan resipinya.

Bahan untuk kulit tart:

250 gm majerin
100 gm gula kastor
1 biji telur – boleh guna gred apa pun
1 sk esen vanilla
500 gm tepung gandum (jika lembik boleh tambah sedikit tepung)

Cara membuat:

1. Satukan majerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Tak perlu Kacau sehingga kembang hanya sekadar sebati.

2. Selepas adunan sebati boleh masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari masukkan sikit lagi tepung.

3. Bila adunan dah elok boleh masukkan dalam acuan untuk bentuk kulit tart. Saya guna saiz acuan 4.5cm. Alat warna pink itu presser tart, boleh cari di Shopee (klik SINI untuk beli)

4. Bakar dalam oven, suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah.

Info

  • Nak tahu kulit tart dah masak, cuba terbalikkan acuan. Jika kulit tart tak boleh keluar dari acuan itu bermakna belum masak. Boleh tambah masa lagi.

  • Suhu bergantung pada oven masing-masing ya.
  • Bagi adunan ini boleh dapat 110 – 115 pcs. Harga jualan untuk kulit tart ini lebih kurang RM30 untuk 100 pcs.
  • Kulit tart boleh tahan satu bulan lebih, jangan perap sampai berbulan-bulan.

Sumbe: Hlinda Hlinda

 

IKLAN