Bina kolam mandi di halaman rumah? Ha…,jangan sangka untuk kediaman golongan berada saja, sebenarnya kita yang duduk rumah di kampung pun boleh buat!
Tak percaya lihat apa yang dilakukan Hafizh Ateh ARyang membina kolam mandi untuk anak-anaknya di halaman rumah saja.
Tak pakai kontraktor pun sebaliknya dibuat sendiri atau DIY saja. Menariknya dia juga siap berkongsi langkah demi langkah untuk menyiapkan kolam ini. Jadi siapa yang rasa nak buat boleh ikut cara ini ya. Kreatif betul!
1.Proses penandaan dan permulaan mengorek. Buat manual sebab bekho tak boleh masuk ke laman.
2. Proses meletakkan batu kerikil. Yang terbuka tu bukan lubang tangki kumbahan tau, itu saluran keluar dari sinki dan tebuk utk buat saluran air keluar dari kolam.
Ads
3. Meletakkan besi rangka besi 3×2 dan buat konkrit.
4. Proses pasang bata dan konkrit
5. Pasang bata untuk dinding. Buat sistem piping flow in dan flow out.Dan pump untuk waterfall dan air pancut. Gambar detail piping tiada.
6. Siap konkrit dan membata
7. Proses ukiran pada plaster dinding.
Ads
8. Proses pengujian dan mencuci.
9. Proses memasang tiles
10. Proses meletakkan Sika Top Seal (Untuk Waterproff) pada permukaan konkrit.
11. Proses megecat. Dengan cat jenis epoxy. 4 liter base dan 1 liter hardener.
12. Masuk air dan pengujian.
Ads
13. Siap sepenuhnya, yahuu dah boleh mandi kolam!
Ha amacam, rasa macam boleh buat kan! Yang minat bertukang tu silakan mencuba, buatlah untuk anak tersayang.
Jika kebanyakan pengasas produk cukup aktif di media sosial memaparkan gaya hidup serta aktiviti seharian, tapi lain pula bagi pemilik jenama Aidijuma.
Sudah enam tahun bergelar pengasas tudung Aidijuma yang banyak beroperasi secara online namun empunya diri ini tidak pula berminat untuk aktif di media sosial.
Akaun di media sosial bagi Datin Norjuma Habib Muhamad hanyalah semata-mata untuk mempromosikan jenama produknya.
Pada zaman yang kuat pengaruh media sosial, mungkin ramai yang berasa kekurangan jika tidak aktif di medium ini namun bagi usahawan wanita berjaya ini ia sebenarnya adalah satu kelebihan buat dirinya.
“Saya tiada media sosial, tak perlu pun tapi saya ok saja. Pada saya tiada ada akaun media sosial adalah satu kelebihan.
“Saya tak berminat untuk melapor kepada orang asing hari ini saya pakai kasut harga berapa, esok kasut harga berapa atau lusa saya tak pakai kasut.
“Saya bersyukur dengan kehidupan saya hari ini dan lambang kesyukuran saya bukanlah dengan selfie di dinding media sosial,”ujarnya ketika ditemui dalam majlis Meet & Greet Aidijuma baru-baru ini.
Kata Datin Norjuma lagi hidupnya adalah ringkas dan dia melakukan apa yang perlu saja.
“Adakah media sosial ini satu keperluan dalam hidup. Kalau perlu saya buat, tapi kehidupan saya cukup ringkas. Untuk saya memberitahu apa yang saya makan pagi atau malam pada saya itu tidak akan mengubah dunia.
“Personal life saya sangat memuaskan, saya tak perlu tunjuk pada orang lain,”ulasnya lagi.
Namun jelas Datin Norjuma dia tidak dinafikan tiga anak lelakinya yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun ada meminta keizinannya untuk mempunyai akaun instagram.
” Anak-anak memang dah minta ada instagram. Tapi saya tanya untuk apa? Pada saya jika usia bawah 18 tahun eloklah tak bercerita tentang kehidupan dia pada orang lain.
“Saya harap anak saya tak perlukannya sebab kita hanya ada 24 jam satu hari untuk bekerja dan tidur. Tak cukup masa untuk kita melayan media sosial.
“Sebaiknya kita simpan banyak perkara sendiri supaya kita tak menyesal tercerita perkara yang tak sepatutnya,”ujarnya dalam majlis yang turut diadakan untuk menerangkan perkembangan terbaru tentang Aidijuma.
Menurutnya selepas enam tahun berada dalam industri ini Aidijuma akan mengembangkan sayapnya ke luar negara antaranya ke United Kingdom dan Jakarta. Malah beliau sendiri mencuba bidang baru iaitu business development sekali gus membuktikan kemampuan Aidijuma sebagai pencetus industri.
“Saya hanya mahu menjual tudung yang dulunya pernah dikatakan tudung lapuk dan produk kampung. Saya tiada masalah terhadap kata-kata orang. Tapi yang pasti, kami mampu menjadi pencetus industri,”katanya lagi.
Bagi rumah yang tak banyak ruang tapi pemilik suka bercucuk tanam mungkin boleh guna idea yang dikongsi oleh Mohd Hafizan Bin Mohamad
Kebun sayur gantung guna paip PVC dan cawan plastik. Boleh ikat dan gantung dekat awning atau balkoni rumah guna tali. Ikut suka nak buat berapa tingkat.
1. Beli PVC di hardware, saiz tak perlu besar untuk sayur berdaun, 82mm warna putih dah cukup.
Beli sekali endcap untuk saiz PVC yang sama. Kalau takde boleh buat sendiri penutup pakai bekas plastik bulat beli di kedai RM2. Kemudian gamkan dengan gam lilin.
2. Tebuk PVC guna dril penebuk. Jarak paling tepi 4 inci. Jarak antara cawan 8 inci. Tambah semua jadi 48 inci ÷ 12 = 4 kaki muat untuk 6 cup.
3. Untuk cawan boleh beli bulu mop di kedai RM2 kemudian pakai pemanas tebuk lubang kat bawah cawan. Masukkan bulu mop sebagai sumbu. Dalam cawan letak cocopeat tak perlu tanah.
4. Dalam PVC letak air baja A+B. Bancuh 30ml(A) dan 30ml(B) dengan 4 liter air biasa. Cukup-cukup untuk batang paip putih saiz 82mm panjang 4 kaki.
Sekali isi saja sampai sayur membesar, cuma kalau air baja nampak sedikit kering tambah sikit. Boleh gantung dulu PVC baru isi air baja supaya senang.
5. Kemudian boleh letak cawan berisi tanaman dalam lubang PVC yang ditebuk. Sumbu akan serap air dan bekalkan pada pokok sayur, jadi tak perlu siram.
Selain bayam boleh tanam sayur daun lain juga, sawi, salad, pudina antara yang ditanam.
Sekarang tiada masalah kalau tersalah hantar mesej pada orang lain di WhatsApp kerana sudah ada ciri delete.
Tapi atas sebab-sebab tertentu kadang kala naluri ingin tahu kita yang kuat, nak sangat tahu apa yang dihantar.
Jadi kalau ada perasaan begitu boleh lah iku cara ini untuk membaca semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.
Caranya mudah sahaja:
1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android 2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi 3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up
Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.
Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.
Namun, ini bukan kali pertama isu timbul mengenai ciri ‘Delete for everyone’ itu.
Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang.
Walaupun pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dibuang itu dalam aplikasi WhatsApp, mesej itu boleh muncul semula menerusi dua cara.
1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul
atau
2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.
Boleh juga muat naik aplikasi ini untuk tujuan yang sama.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...