
“Cerita adik ini hmpir sama seperti kisah saya ketika kecil”. Itulah ungkapan Datuk Seri Aliff Syukri yang mengakui dirinya tersentuh melihat kegigihan seorang remaja mualaf warga asing yang menjual mangga demi meneruskan kehidupan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata kisah remaja tersebut membuatkan dirinya kembali mengimbau zaman susah yang pernah dilaluinya ketika masih kecil.
Menurut pengasas kosmetik terkenal itu, dia memahami kesusahan yang dihadapi remaja berkenaan kerana pernah berada dalam situasi hampir sama suatu ketika dahulu.
Pernah Jual Jeruk Mangga Masa Kecil
Aliff berkongsi bahawa dia sendiri pernah menjual jeruk mangga demi membantu keluarga mencari pendapatan ketika zaman kanak-kanak.
“Kenapa saya bantu adik ini sebab bila saya tengok dia, saya teringat nasib saya. Cerita adik ini hampir sama seperti kisah saya ketika kecil.
“Pernah menjual jeruk mangga. Bila saya tengok dia, saya terus teringat zaman saya dulu,” katanya.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai netizen yang tersentuh melihat sisi lebih emosional Aliff yang sebelum ini sering dikenali dengan personaliti lantang dan penuh kontroversi.
Lihat siaran ini di Instagram
Titip Kata Semangat
Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan kata-kata semangat buat remaja berkenaan agar tidak mudah berputus asa walaupun perlu berdepan kesukaran hidup pada usia muda.
Menurutnya, seseorang itu perlu terus bangkit dan berusaha tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Percayalah cakap saya, tak ada orang lain yang boleh menaikkan martabat kita selain diri kita sendiri. Bangkit dan terus berjuang,” ujarnya lagi.
Lihat siaran ini di Instagram
Ramai Tersentuh Dengan Perkongsian
Di ruangan komen, ramai pengikut memuji tindakan Aliff yang tampil membantu selain menganggap pengalaman hidup susah menjadikan dirinya lebih memahami kesukaran orang lain.
Ada juga yang menyifatkan kisah tersebut sebagai peringatan bahawa kejayaan seseorang hari ini tidak datang dengan mudah, sebaliknya dibina melalui pelbagai pengorbanan dan pengalaman hidup yang mencabar.

Walaupun sering mencetuskan perhatian dengan pelbagai kontroversi, perkongsian kali ini memperlihatkan sisi lebih peribadi dan emosional usahawan berusia 38 tahun itu.
Dan bagi Aliff sendiri, kisah remaja penjual mangga itu jelas membawa dirinya kembali kepada memori lama yang pernah membentuk siapa dirinya hari ini.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!




