Kerja meracun bagi bercucuk tanam buat yang memiliki kebun kecil atau sekadar menanam sekeliling rumah biasanya dilakukan pagi hari.
Jika ini yang selalu dipraktikkan sebaiknya tukar waktu, ini kerana meracun waktu pagi sebenarnya hanya mengganggu prestasi dan kesuburan pokok.
Perkara ini dikongsi oleh Mohd Sukeri dalam satu perkongsian beliau, selain memberikan penjelasan berdasarkan fakta.
Kenapa kita tak meracun waktu pagi, tak kira racun organik atau kimia?
Waktu pagi adalah masa paling aktif untuk fotosintesis kerana stomata pada daun terbuka luas untuk menyerap gas karbon dioksida (CO₂) dari udara. Proses ini penting untuk penghasilan tenaga dan pertumbuhan pokok.
Kalau kita sembur racun waktu pagi—walaupun racun organik—ia boleh mengganggu fungsi stomata, menyebabkan ia tertutup atau stres.
Bila stomata terganggu, penyerapan CO₂ akan menurun, maka proses fotosintesis pun terganggu, lalu menjejaskan kesihatan dan prestasi pokok.
Selain itu, waktu pagi biasanya kelembapan tinggi dan cahaya matahari semakin meningkat, yang boleh menyebabkan wap racun cepat tersejat atau meninggalkan kesan terbakar (phytotoxicity) pada daun.
Jadi, waktu paling sesuai untuk meracun adalah lewat petang, bila suhu menurun, stomata mula tertutup secara semula jadi, dan pokok sedang masuk fasa rehat.
Jaga waktu, jaga pokok. Jangan racun waktu pokok tengah cari makan.
Gunakan racun yang sesuai – Pastikan jenis racun yang digunakan sesuai untuk tanaman yang disembur. Walaupun racun organik lebih selamat, ia masih boleh memberi kesan jika digunakan pada waktu yang salah.
Elakkan semburan berlebihan – Jangan sembur terlalu banyak, pastikan hanya kawasan yang terjejas sahaja dirawat.
Pakai pelindung diri – Sentiasa pakai pelindung diri seperti sarung tangan dan pelindung mata ketika meracun.
Periksa cuaca – Elakkan meracun pada waktu hujan atau angin kencang kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan racun dan meningkatkan risiko penyebaran racun ke kawasan lain.
Pagi pagi asyik buat roti bakar saja, apa kata tukar sikit menu. Kita buat sajian roti cara kampung, roti butut. Roti ini memang rare dan jarang dah orang buat.
Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar tu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Dah siap, bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!
Sebelum masuk bulan puasa eloklah cuci langsir yang ada di rumah. Sebab kerja-kerja untuk buka dan pasang langsir ini perlukan tenaga juga.
Biasanya langsir kediaman ini kita basuh di dobi layan diri sebab perlukan mesin basuh yang lebih besar di samping pengering. Kalau jemur di rumah memang tak cukup ampaian. Cumanya, kalau nak cuci langsir di dobi layan diri ini kena tahu cara yang betul.
Jangan masuk semuanya dalam mesin basuh sebab langsir ada banyak jenis dan tak semuanya sesuai guna cucian mesin basuh. Takut rosak langsir korang yang mahal tu.
Berikut adalah tip yang perlu kita ikuti untuk mencuci langsir kediaman di dobi layan diri
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...