Buah Durian Yang Luruh Di Kampung Rupanya Boleh Pos! Begini Caranya, Kos Pun Tak Mahal

Share

Kat kampung ada pokok durian, sedang musim dan tengah luruh banyak buahnya. Masalahnya waktu ini nak balik kampung untuk makan durian memang tak lepas. Cuma tengok sajalah gambar durian luruh.

Tapi berita baiknya sekarang ada alternatif lain. Tak dapat balik kampung makan durian kita boleh mintak orang kampung pos durian. Jangan tak tahu durian pun kita boleh pos jugak!  Caranya boleh ikut perkongsian Razira Razali

.

Durian pun boleh pos!

Sekarang durian pun boleh pos. Bagi mak ayah yang tengah banyak buah durian kat kampung dan nak bagi anak yang jauh tak dapat balik merasa, boleh buat macam ni.

Cara-cara nak pos durian

1. Frozen kan durian dulu sebiji-sebiji (yang ini mak letak semalaman saja dalam chest freezer).

2. Sediakan kotak polisterin, lapik kotak polisterin dengan surat khabar atau kain tuala.

3. Susun buah durian biar padat. Boleh muat 8 biji durian.

4. Balut keseluruhan kotak dengan plastik wrap.

5. Cari contact Parcelhub berdekatan dan boleh pergi pos. Sebelum pos sebaiknya contact Parcelhub terlebih dulu untuk pastikan alamat penerima boleh dihantar secepat mungkin).

Ini keadaan kotak selepas diterima

6. Berat 1 kotak ni anggaran 10kg dengan kos pos RM30 menggunakan Parcelhub. Pos hari Rabu, hari Khamis dah sampai. Jaminan parcelhub barang sampai dalam tempoh 3 hari paling lewat tapi 2 hari dah sampai.

Ini keadaan durian dalam kotak selepas diterima.

INFO: Pastikan check dulu dgn courier service sebelum hantar. Confirm dulu alamat yang kita nak hantar boleh terima pakej dengan cepat. Jaminan yg diberi paling lewat 3 hari sebab tempat PKPD. Bagi tempat yang tak bermasalah boleh sampai 2 hari.

Selamat mencuba ya.

Sumber:Razira Razali

 

IKLAN