Buah Lebat, Saiz Sayur Besar 2 Kali Ganda, Ini Cara Betul Bancuh Serbuk MSG Untuk Jadi Baja

Share

Ramai tahu kegunaan serbuk MSG untuk dijadikan baja tanaman. Hasilnya memang diakui berkesan.

Sayur akan membesar 2-3 kali ganda saiznya, pokok bunga cepat berbunga mana kala jika diletakkan kepada pokok buah, insya-Allah akan cepat berbuah.

Cuma untuk dapat hasil sebegini, kena pastikan cara bancuh baja MSG ini betul. Bagi yang belum tahu, boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Rozie Ziejy.

Terdapat dua kaedah bancuhan MSG untuk tanaman pokok;

1. Untuk 1 pasu tanaman

Serbuk Ajinomoto 1 sudu teh (5g) untuk 1 pasu tanaman.
Caranya; tabur terus serbuk MSG di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

2. Untuk sayur berdaun & pokok buah

Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
Bancuhan: Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.

Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain (usia pokok tanaman setahun ke atas).
Bancuhan: Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.

Cara membaja

Untuk dua jenis bancuhan di atas cara membaja adalah seperti berikut;

  • Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok.
  • Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

NOTA:
Kesannya penggunaan baja MSG ini biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.

Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yang tidak pernah berbuah akan mula berbuah.

Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat

Saya sudah cuba keadah ini, memang berkesan dan berhasil.

Selamat mencuba.

Sumber: Maizatul Naemah Shafie

IKLAN