Buang Bahagian Kecil Ini Waktu Bersihkan Ikan Keli, Barulah Tak Rasa Hanyir

Share

 

Ramai yang suka makan ikan keli atau pun ikan sungai tapi masalahnya ramai juga yang kurang gemar membersihkannya.

Ini kerana kalau tak kena cara ikan yang dah dibersihkan itu akan tetap berbau hanyir.

Jadi bagaimana cara betul untuk menyiang atau membersihkan ikan keli. Boleh ikut tip yang diturunkan oleh Arbi Mohd Arbi

‎.

1. Ini ikan keli yang telah dipotong dan dibuang isi perutnya. Namun ada bahagian bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh.

2. Yang paling penting kawasan insang, darah dibawah tulang talam perut. Dan jika diamati. Ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar.

3. Kelenjar yang terletak disebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli.Hanya picit keluar kedua duanya, kiri dan kanan. Bila sudah diyakini bersih kita pergi ke proses seterusnya.

Buang hanyir dengan buah sitrus atau asam jawa

Proses pengalihan bau hanyir. Boleh gunakan atau sebarang jenis adik beradik buah sitrus dan asam jawa.

Penggunaan tepung bukanlah untuk menghilangkan hanyir ikan tetapi untuk membuang lendir pada ikan tersebut.

Rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Ia sedia untuk dimasak.

Haruslah bijak memilih peneman ikan keli dalam masakan Cadangan belimbing, buluh & asam gelugur.

Selamat mencuba.

Sumber: Arbi Mohd Arbi

IKLAN