Buat Baja Roti Saja, Hasilnya Pokok Buah Jadi Lebat, Daun Sayur Gemuk, Pokok Bunga Pun Meriah

Share

Kalau di rumah ada menanam pokok bunga, sayur dan buah-buahan elok sangat untuk buat sendiri baja roti ini. Sebabnya hanya dengan satu air baja ini saja hasilnya pokok bunga akan rancak berbunga, buah jadi lebat dan daun pokok sayur akan gemuk subur.

Lagi menarik cara buat air baja roti pun mudah dan murah. Caranya dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.

DIY baja roti untuk rancak pengeluaran bunga, lebatkan buah & gemukkan daun sayur

Saya share cara-cara untuk buat mol roti/ baja roti. Fungsi baja roti sama seperti baja Yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun. Ikut step by step di bawah ya. Paling perlu ambil perhatian adalah langkah selepas peram & cara penggunaan.

1. Bahan bahan yang diperlukan adalah 2 keping roti Gardenia expired, gula merah, air mineral 1.5 L (boleh guna air mati/air hujan atau air tapis asalkan bukan air paip), gunting, sudu & corong kertas.

2. Penutup botol perlu dilubangkan untuk mengeluarkan gas waktu disimpan nanti.

3. Masukkan roti yang dicarik dalam botol berisi air bersama gula merah.

3. Tutup botol rapat rapat dan goncang.

5. Simpan di tempat yang gelap selama seminggu.

6. Selepas seminggu, tapis mol roti. Ambil patinya sahaja, buang roti yang terurai. Guna air yang bening sahaja sebagai pati. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara penggunaan

  • Ambil 10ml mol roti dan campur dengan satu liter air biasa.
  • Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga, tiada masalah.
  • Lakukan seminggu sekali, waktu pagi saja.
  • Fungsi mol roti untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah serta menggemuk dan menghijaukan daun.
  • Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Liyana Mohd Poad

IKLAN