Selain ikan dan ayam, daging masak kicap juga antara menu harian yang selalu dihidangkan.
Cuma selalu berlaku dah siap masak, dagingnya pula liat hingga susah nak makan. Sudahnya lauk daging ditolak ketepi.
Bagi memastikan lauk daging masak kicap kita elok lembut dan sedap, apa kata cuba praktikkan cara memasak yang dikongsi oleh Ben Safwan ini pula.
Ujar Ben daging masak kicap ini adalah resipi ibu mentuanya. Ia bukan saja sedap tapi cara masaknya juga menghasilkan daging yang cukup lembut.
Daging masak kicap lembut, cara mak mentua
Ads
Bahan perapan :
500 gram daging lembu- dihiris nipis melintang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan gula
1 1/2 sudu teh garam
Bahan tumis
1 batang kecil kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
2 1/2 sudu makan bawang merah & bawang putih + halia kisar
1 1/2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa
Cara membuat:
1. Gaul dan perap daging 10 minit bersama bahan perapan.
2. Dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah bersama bawang putih dan halia kisar dan satu sudu cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Ads
3. Seterusnya baru masukkan daging dan kacau sesekali menggunakan api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.
4. Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambah air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa ).
Ads
5. Sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam, tambah secukupnya. Siap!
Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.
Almari pakaian jenis slididing bila lama digunakan, biasanya akan mengalami masalah pada pintu.
Pintu akan terkeluar dari landasan bila ditolak. Jika berdepan masalah ini tak perlu upah orang untuk baiki atau beli almari baru. Kita boleh betulkan sendiri sebab apa yang diperlu cuma mengganti satu alat saja iaitu roller/roda.
Untuk sesiapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh DIY tukar anti jump roller macam ni.
Roller V2 adalah yang asal, tiada besi memanjang terjuntai yang berfungsi sebagai anti jump. Fungsinya akan jadi macam spring, kita boleh tolak masuk roller ke dalam.
Roller ini boleh beli di Shopee. Klik SINI untuk beli roller.
Kalau sliding door memang macam dalam gambar pertama, cuma beli roller set saja, yang lain tak perlu. Untuk stopper nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail.
Tip penting jika masak telur mata supaya selamat dimakan, jangan biar lebih 4 jam
Semalam berlaku dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata. Mangsa dikatakan mengalami cirit birit, dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Berita ini sudah tentu memberi kerisauan kerana saban hari hidangan telur mata menjadi santapan kita. Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya memerhatikan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Hidangan garlic bread dengan sup cendawan memang enak. Tapi nak makan ini kena lah ada garlic spread.
Lagi elok kalau dibuat sendiri sebab cara menyediakannya senang sangat. Cuma perlu bawang bawang putih, mix herb dan marjerin atau pun mentega.
Bila dah buat boleh makan garlic bread bila-bila masa dan sapuan ini juga tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Afy Al Habibi.
Cara buat garlic spread
Bahan-bahan:
– 2 labu bawang putih dicincang halus
– 2 sudu besar mixed herbs
– Marjerin atau butter (saya guna Naturel)
– Garam bagi yang nak rasa sedikit masin ( yang ini tak masin)
Cara membuat:
1. Panaskan 1 sudu besar marjerin, guna api perlahan sahaja. Kemudian, tuang bawang putih yang telah dicincang tadi.
2. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu besar mixed herbs.
3. Kacau rata. Tunggu herbs tadi naik bau seketika sebelum ditutup api. Waktu ini bau wangi bergabung menusuk jiwa. Biarkan bawang putih ini betul sejuk dulu.
4. Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin Naturel. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah sejuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan dalam bekas kedap udara. Sapuan ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Jadi kalau buat banyak tiada masalah.
Cara guna:
-Sapu tipis pada roti wheat bran sebelum sedia untuk dibakar.
-Bakar atas pan non stick. Biar roti garing lagi sedap.
-Sedia untuk dimakan.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...