Pokok buah yang naik meninggi memang jadi masalah untuk kutip hasil. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok. Lagi satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin akan ‘lupa’ untuk berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Cekodok atau jemput pisang memang hidangan sedap waktu petang atau pagi. Dapat pula yang manis pisangnya serta rangup di luar, tapi lembut di dalam.
Nak dapatkan hasil cekodok yang macam ini ada caranya, dan ia dikongsi oleh Akma Razali yang mendapat resipi cekodok pisang ini dari ibu mentuanya dan jadi kegemaran famili.
Katanya selain rangup di luar dan lembut di dalam, cekodok ini juga kekal lembut walau dah sejuk.
Bahan-bahan:
16 biji pisang emas
3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai
2 sudu tepung goreng pisang Adabi (saya guna jenama lain sebab dah habis)
Secubit garam
Info: Saya tak letak gula sebab pisang dah manis, kalau nak letak pun boleh.
Cara membuat:
1. Kopek pisang kemudianya lenyek, hingga hancur kemudian tambah secubit garam. Guna cawan senang untuk lenyek.
2. Masukkan 3 senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng pisang. Saya tambahkan tepung ini sebab wangi. Kalau tiada guna tepung gandum 2 sudu.
3. Gaul bancuhan pisang dan tepung tadi. Guna tangan saja.
4. Untuk menggoreng dan dapatkan bentuk bulat. Basahkan tangan kemudian jemput kan bulat bancuhan pisang dan tepung tadi dan terus masuk dalam kuali yang sudah panas minyaknya.
-Bila minyak dah panas, kecilkan api dulu baru jemputkan cekodok.
-Jemput sampai penuh kuali, baru besarkan semula api tahap sederhana.
-Kacau cekodok 2-3 minit sekali supaya warnanya sekata.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...