Buat Kek Marble Kampung Ini Mudah Sangat, Tak Pandai Baking Pun Menjadi

Share

Walaupun banyak resipi kek moden yang sedap, penuh cheese dan krim bagai tapi kek kampung jugak yang tak jemu kita makan. Selain kek butter, kek marble ini juga antara yang jadi pilihan.

Nak buat pun simple, yang tak berapa pandai baking pun kalau cuba insya-Allah jadi. Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Diana Mat Desa

.

Artikel berkait: Cara Buat Kek Pandan Kampung, Bakar Atas Dapur Gas Saja

Kek Marble Kampung, Mudah Confirm Jadi

Bahan-bahan

1 cawan gula kastor
250g butter
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (boleh guna tepung naik sendiri juga)
Esen vanila
Serbuk koko/emulco

Cara membuat:

1. Pukul butter dan gula sampai putih gebu.

2. Masukkan esen vanila.

3. Masukkan telur sebiji dan putar lagi.

4. Masukkan tepung sikit dan putar.

5. Ulang langkah no. 3 dan no 4 sampai habis.

6. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian tambah serbuk koko/emulco.

7. Sendukkan adunan (ikut cita rasa nak patern macam mana).

8. Lorek bahagian atas kemudian hentak sedikit loyang. Guna loyang 7×7 inci.

9. Suhu 150C @ 160C (mengikut oven masing-masing) selama 50 minit – 1 jam sampai masak.

10. Sisip tepi loyang dengan pisau dan terbalikkan. Dah sejuk boleh potong dan dihidang.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Diana Mat Desa

Subscribe juga YouTube Chanel Vanilla Kismis untuk video menarik.

 

IKLAN