Buat Kek Pisang Guna Blender Saja. Hasilnya Tetap Gebu

Share

Nak buat kek tapi baca resipi kena pakai mixer terus terbantut hasrat. Sebenarnya takde mixer pun boleh buat, kek pisang ini antaranya.

Cuma pakai blender yang ada kat rumah itu saja. Hasilnya kek elok gebu. Nak cuba boleh ikut perkongsian dari Aliah Yahaya

, resepi asal dari Noraini Sulaiman.

Kek Pisang Gebu Guna Blender Saja

Bahan-bahan:

1 cawan gula pasir (boleh ikut tahap kemanisan yang disukai)
1 cawan minyak jagung/ minyak masak
4 biji telur
8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam (saya tambah)

Cara membuat:

1. Panaskan oven 10-15 minit suhu 160-170°c.

2. Campur tepung gandum , baking powder & baking soda. Ayak dan ketepikan.

3. Sediakan blender (pengisar) masukkan telur, gula & garam. Blend hingga kembang.

4. Masukkan minyak, blend lagi .

5. Masukkan pisang, blend halus. Tutup suis blender kemudian tuang adunan dalam mangkuk besar.

6. Ambil tepung diayak tadi, masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan. Gaul sebati. Jangan gaul lebih lebih ye. Asal sebati saja.

7.Lenserkan loyang dengan minyak dan lapik baking paper. Bakar 160-170°c /45-50minit ikut oven masing-masing.

Hasilnya!

Selamat mencuba.

Sumber: Aliah Yahaya Alia Resipi asal: Noraini Sulaiman

IKLAN