Buat Lempeng Pisang Untuk Makan Petang. Buat Garing,Makan Panas-Panas Memang Sedap

Share

Asyik buat cekodok saja guna pisang, apa kata buat menu lempeng pisang macam ni. Lempeng pisang ni sebahagian makanan nostalgia orang kampung. Kalau makan panas-panas dapat pulak bahagian yang hangus sikit memang sedap.

Boleh buat guna pisang mas, berangan atau pisang yang selalu kita guna untuk buat cekodok. Kalau tak pernah cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Chek Kuna Ahmad untuk makan petang ni terus.

Cara buat lempeng pisang

Bahan-bahan

Pisang
Gula
Tepung gandum
Kelapa parut -digaul dengan garam
Daun pisang
Sedikit minyak

Cara membuat:

1. Tumbuk atau lenyek pisang sehingga hancur/halus.

2. Masukkan sedikit gula. Kacau rata.

3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata & sebati.

4. Lap/bersihkan daun pisang.

5. Sapu minyak sedikit daun pisang. Ratakan dengan tisu.

6. Ambil beberapa sudu adunan tadi lalu ratakan. Ketebalan mengikut cita rasa. Taburkan kelapa parut rata-rata dan lipatkan adunan.

7. Panaskan kuali. Masak lempeng sehingga masak & garing.

Selamat mencuba

Sumber: Chek Kuna Ahmad.

IKLAN