Biasanya bila berbuka puasa mesti ada kuih muih sebagai hidangan pembuka. Salah satu yang sedap disantap bila iftar adalah puding. Bukan saja sedap, sejuk saja bila lalu di tekak.
Antara puding yang enak untuk kita sediakan adalah puding lumut butter, dikongsi oleh opah Mas Cotek cara membuatnya juga mudah. Rasanya tengok saja pun dah tahu sedap dan berlemak.
Cara buat puding lumut butter
Opah share lagi untuk kome aje…
Bahan Puding Lumut:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sdt garam
1 sdt esen vanilla
1 sdt pewarna hijau
Ads
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja
3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.
Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
Bahan Puding Mentega
Ads
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sdt esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sdb gula pasir
550 ml air
Ads
Cara membuat:
1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3. Biarkan mendidih/tutup api
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan
5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.
Comel betul lobak merah ni. Dipanggil lobak parisian mini ia memang jenis yang kecil dan mudah untuk ditanam dalam pasu. Dalam pasu kecil pun boleh.
Turut menanam lobak jenis ini di rumah, Jusery Jausin berkongsi cara penanamannya.
Cara tanam lobak merah parisian mini
Hari ini menuai lobak parisian mini (Parisian mini carrots) salah satu jenis lobak merah di mana lobaknya berbentuk bulat lebih kurang 2.5 cm ukur lilit. Boleh tanam dalam pasu rendah sahaja kerana lobaknya tidak masuk jauh ke dalam tanah.
1. Masukkan tanah campuran yang berkualiti dalam pasu diikuti dengan kompos. Boleh juga tanam di atas batas/ raised bed.
2. Seterusnya tabur biji benih dalam pasu, pastikan tidak terlalu banyak supaya anak pokok tidak tumbuh rapat. Selepas tabur biji benih spray dengan air.
3. Selepas lebih kurang 20 hari, anak benih akan naik dan punya 3-4 daun. Ketika ini bolehlah melakukan proses penyulaman anak pokok atau pun proses keluarkan anak pokok supaya tidak terlalu rapat.
4. Tinggalkan lebih kurang 10-15 pokok dalam satu pasu. Tambah juga tanah keliling anak pokok.
5. Lakukan siraman, dan buang rumput yang tumbuh dalam pasu.
6. Selepas 30 hari pokok akan makin membesar dan lobak parisian mini ini boleh dituai selepas 75 hari.
7. Lobak jenis ini juga lebih mudah dituai kerana tidak masuk jauh ke dalam tanah. Lobak yang sudah dituai boleh dibersihkan dan disimpan dalam peti sejuk jika tidak mahu terus makan.
Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.
Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.
Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz ini.
Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.
Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!
Caranya;
1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.
2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).
3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).
Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.
Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.
Pokok betik ini antara yang selalu kita tanam di sekitar rumah. Sebab penanamannya mudah sangat. Kebiasaannya kita akan terus tabur saja biji betik ini, nanti akan naiklah anak pokok.
Tapi sebenarnya tak semudah itu. Memang lepas tabur anak pokok akan tumbuh cuma, ada kemungkinan besar pokok betik yang tumbuh ini tak akan berbuah, hanya berbunga saja.
Sebabnya kita main tabur saja biji benih tanpa pilih dulu. Biji benih betik ini ada yang jantan dan betina, kalau tanam yang jantan pokok hanya berbunga tapi takkan berbuah.
Sebab itu kita kena pilih biji benih betina. Tip pilih biji benih betik ini dikongsi oleh Ardi Tani.
Tanam betik jangan terus tabur biji benih
Nak tanam betik, jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina, yang mana jantan seawal biji benih lagi.
-Gambar di atas adalah biji benih dari separuh buah betik. Yang sebelah kiri warnanya hitam dan yang belah kanan warnanya kurang gelap.
– Kebiasaannya yang hitam gelap adalah biji benih betina dan yang kurang gelap itu pula biji benih jantan.
-Supaya pokok betik hasilkan buah, kita kena semai biji benih betina yang sebelah kiri.
-Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah kanan.
Info
Sebelum semai basuh biji benih untuk buang selaput luar dan jemur hingga kering kemudian barulah disemai.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...