
Selalu makan sup rempah yang biasa, kali ini cuba kita tukar pulak selera kepada sup ala Thai. Macam yang kita selalu makan di restoran Thai.
Rasa sup Thai ini yang masam-masam pedas memang syok untuk hirup. Paling penting nak membuatnya juga mudah.
Boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Ahmad Shinoda, resipi sup ori Thai ya.
Step by step masak sup daging Thai, resipi original
1. Rebus daging 300g yang dah hiris (daging tetel, guna tulang pun boleh) bersama dengan 3 inci halia tumbuk, 3 hiris lengkuas, 2 akar pokok daun ketumbar, 1 biji bawang holland kecil. Letak juga sikit kayu manis & bunga lawang.
Jangan masukkan garam sebab nanti akan letak sos ikan yang dah masin (inilah yang buat sup rasa kick). Hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak ya.
2. Tumis bawang putih sampai kuning, masuk serai, bawang holland, cili padi, daun limau purut. Tumis sampai layu & wangi.
3. Masukkan tumisan tadi ke dalam sup bersama 1 biji tomato yang dibelah.
4. Masukkan sos ikan 3-4 sudu & jus limau nipis 2 biji.
5. Biar 2-3 minit, tutup api & taburkan daun ketumbar.
Siap
Resipi asal: Ahmad Shinoda
Begini Cara Buat Nasi Ayam Hainan Atau Roasted Ala ‘The Chicken Rice Shop’

Antara hidangan mudah yang jadi kegemaran kebanyakan kita adalah nasi ayam. Kalau rasa nak makan di luar selalu yang dituju adalah The Chicken Rice Shop.
Menun pilihan kita sama ada nasi ayam hainan atau roasted. Makan pula dengan tauge rangup, memang lengkap.
Kalau satu famili gemar nasi ayam di sini, rasanya elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Bolehlah berjimat sikit selain puas makan, nak tambah pun tak mengapa.
Macam mana nak buat? Resipinya dikongsi oleh Rafiah Nor, lengkap dengan cara buat tauge sekali.
Nasi ayam hainan & ayam roasted ala The Chicken Rice Shop
Bahan untuk ayam Hainan:
Ayam
Daun bawang
halia -hiris
Bahan untuk kicap ayam:
Bawang putih – dicincang
Hirisan halia
Air rebusan ayam
Sos tiram
Kicap cair
serbuk 5 spices
Tepung jagung
Garam & gula
Cara penyediaan ayam hainan
- Ayam direbus bersama daun bawang & hirisan halia selama 15-20 minit(ikut saiz ayam).
- Bila sudah masak rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. kemudian tos.
- Untuk kicap ayam tumis bawang putih yang cincang sehingga perang.
- Masukkan air rebusan ayam. Tambah sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula.
- Bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Agak-agak pekatnya ya.
- Bila air kicap dan mendidih boleh tutup api.
- Potong ayam hainan dan tuang kicap diatasnya sebelum hidang.
- NOTA : Boleh buat lebih kerana sos kicap ini juga digunakan untuk siram taugeh.
Bahan untuk ayam roasted
1 ekor ayam (sederhana besar)
2 sudu gula pekat
8 sudu cuka
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu serbuk 5 spices
1 sudu mkn gula& garam
Cara penyediaan ayam roasted
- Gula pekat di campur dengan 2 cawan air, cuka, serbuk lada putih.
- Panaskan dalam masa yang sama kita perapkan ayam bersama serbuk 5 spices, garam dan gula.
- Gaul sebati bahan dan sapu di dalam perut ayam (jemur sekejap).
- Kemudian goreng dengan cara menyiram minyak panas ke atas bdn ayam (bakar pun boleh ya). Goreng sehingga warna keemasan.Siap
Cara buat cili
- Kisar cili merah, bersama serai, bawang putih (ulas je) bersama air rebusan ayam. Nak pedas tambah cili padi.
- Tumis bawang putih yang dicincang. Bila keperangan masukkan bahan dikisar.
- Tambah cuka, gula, garam & sos tomato.
- Bila mendidih tutup api, siap
Cara buat sup
- Satukan dalam periuk air rebusan ayam, halia, bawang putih hiris, serbuk perasa, dan garam.
- Sesuaikan rasa, bila mendidih tutup api siap. Boleh masukkan bebola ikan/ ayam
Cara buat tauge stim
- Ambil taugeh siram dengan air panas. Toskan.
- Letakkan dalam pinggan & curahkan sos kicap yang kita guna untuk buat ayam tadi.
- Kemudian boleh tabur dengan daun bawang & cili merah. Siap.
Bolehlah dihidang
Sumber: Rafiah Nor
Cara Buat Ayam Goreng Berempah Yang Sedap & Wangi Macam Makan Dengan Nasi Kukus

Ayam goreng berempah ini selalu kita makan dengan nasi kukus. Tapi nak buat sebagai lauk makan dengan nasi biasa pun boleh. Cuma kena tahu cara membuatnya saja.
Nak cuba buat boleh ikut perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad ini. Aroma ayam ini bila digoreng memang buat kita rasa lapar, wangi sangat.
Cara buat ayam goreng berempah
Bahan-bahan:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb chili flake
2 sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1 sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2 sdb tepung beras atau tepung jagung
1-2 inci halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
Cara membuat:
1. Satukan bahan dikisar dan semua bahan lain dalam satu bekas. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam (kalau nak cepat boleh terus goreng).
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam menggunakan api yang kuat.
4. Bila hampir masak, perlahankan api. Bila warna dah menarik boleh lah diangkat. Kaut sekali rempah-rempah yang telah garing. Nanti boleh makan sekali dengan nasi lagi sedap
Nota: Ayam goreng berempah kali ini tak letak lengkuas macam biasa
Selamat mencuba
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Tip Pindahkan Anak Pokok Cili Supaya Pokok Stabil, Cepat berbuah & Jangka Hayat Lama

Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
- Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
- Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Nor