Buat Puding Roti Kayangan, Ringkas Saja Tapi Sedap. Tuang Sos Creamy Banyak Makan Sejuk-Sejuk, Layan

Share

Selalu buat puding roti guna roti keping biasa tapi yang ini guna roti yang harga mahal sikit. Sebab itu namanya kayangan. Tapi modal untuk buat hidangan ini taklah mahal mana.

Puding roti coklat ini kalau makan sejuk-sejuk memang terbaik. Nak buat pun mudah, cuma carik roti bancuh dan bakar. Caranya dikongsi oleh Munirah Jasamai.

1. Sediakan bahan iaitu;
-2 kotak susu coklat
-2 biji telur
-1 bungkus roti coklat kismis

2. Penyek roti dulu dalam dulang, kemudian lapik baking paper supaya senang nak keluarkan.

3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat. Guna mixer atau apapun boleh janji sebati semua. Kemudian tuang atas roti dipenyek tadi.

4. Biar seketika supaya roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.

5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu, 180 darjah Celsius. Selepas itu masukkan puding dan bakar selama 30 minit suhu 180 darjah Celsius.

Macam mana nak tahu dah masak atau tak, tengok susu di permukaan kalau dah keras, bau pun semerbak tanda dah masak. Nak cucuk dengan lidi tengok melekat atau tak pun boleh.

6. Dah siap boleh buat pulak dengan sos creamy. Bahan-bahannya;
1 tin susu cair
1 tin air (sukat dalam tin yang sama)
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula

7. Masukkan semua dalam periuk, buka api perlahan dan kacau sampai kental. Dah siap, biarkan sejuk dalam peti ais.

8. Bila nak makan, potong puding dan tuang sos di atasnya.

Sumber: Munirah Jasamai.

 

IKLAN