Alang-alang nak buat donat, buat cakoi sekali sebab boleh guna satu adunan saja. Cara membuatnya dikongsi oleh Sal SY, selain itu beliau turut berkongsi cara membuat kaya pandan untuk dimakan bersama cakoi.
Cara buat cakoi & donut guna satu adunan
Bahan-bahan:
250 gm tepung high protein / tepung gandum
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla powder
2 sudu besar gula
1 biji telur – jika mahu
1 sudu kecil pelembut cream super – jika mahu
Secubit garam
Air setengah cawan
Cara membuat:
1. Suamkan air masukkan yis kemudian tunggu hingga berbuih.
2. Apabila dah berbuih tuang ke dalam bahan kering, gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin.
3. Perapkan doh (kalau nak cepat boleh masuk doh dalam oven panaskan kejap dan matikan suis. 11 minit saja doh kembang dengan jayanya).
Ads
4. Bila doh dah kembang untuk buat cakoi, tabur tepung dan canai doh dengan penggelek. Gelek hingga doh nipis potong doh jadi empat segi.
5. Potong banyak-banyak panjang dalam 3 inci dan selebar 2 jari.
6. Basahkan jari sapu pada doh ambik satu lagi doh dan tekap dengan doh yang disapu air. Tekan dengan lidi secara memanjang.
7. Dah siap kesemuanya dan susun, tunggu kembang sekejap dalam 15 minit.
Ads
8. Apabila dah kembang, boleh panaskan minyak. Sebelum masuk dalam minyak pegang doh kedua-dua hujung dan tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit supaya panjang. Terus goreng hingga kekuningan.
Doh yang sama boleh bentukkan jadi donut pula.
Cara buat sekaya pandan
Bahan-bahan
3 sudu besar tepung kastad
6 sudu besar gula
1 kuning telur
Air setengah cawan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 helai daun pandan
Ads
Cara membuat:
Masukkan semua dalam blander blend hingga lumat. Kemudian tapis.
2. Masak atas api perlahan hingga likat.
3. Jika apabila kaya sejuk dan likat sangat masukkan dalam blender dan tambah sedikit air panas. Blend sekali lagi supaya tak pekat dan tak cair sangat. Baru sedap makan.
Ramai yang tanam pokok limau di rumah, sama ada limau kasturi, nipis, purut atau lemon. Tapi masalahnya ada yang tanam tapi pokoknya macam hidup segan mati tak mahu.
Tak subur, daun, tunas atau cabang baru pun tak meriah. Bagi yang ada masalah ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi ini.
Tip pokok limau banyak tunas & cabang baru
Tip ini untuk menumbuhkan banyak tunas dan cabang baru pokok limau dan boleh dipraktikkan pada apa jenis pokok limau yang ditanam. Caranya;
1. Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana.
2. Kemudian buang daun pada hujung bekas potong. Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya.
3. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.
Boleh cuba sendiri, tiga gambar ini adalah hasilnya.
Tip untuk pokok limau berbuah
Letak baja buah & pangkas.
Jika tanam dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu. Caranya:
Sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu baru siram.
Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yg tinggi unsur P&K..cth baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.
Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.
Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.
Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.
5 tip bawa anak kecil ke masjid untuk solat tarawih
Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.
5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:
1. Bersedia Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.
2. Cari sudut hujung Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.
3. Sentiasa awasi anak Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.
4. Jika anak menangis Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.
5. Makan sebelum ke masjid Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.
Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.
Daging selain buat gulai, goreng atau sup boleh juga buat hidangan mee daging seperti ini. Dihidangkan bersama garlic chili oil atau minyak cili bawang putih, bila sudah digaul sebati rasanya memang sedap.
Hidangan ala Chinese dan Korea ini dikongsi oleh Zurina Zulkefli yang mana cara membuatnya mudah dan cepat. Mi tak perlu goreng, hanya masak daging dan sediakan garlic chili oil. Cara lengkap membuat mi daging ini disertakan seperti di bawah.
Cara buat mee daging bersama minyak cili bawang putih
1. Sediakan terlebih dahulu garlic chili oil, bahan-bahannya;
Bawang putih cincang
Emping lada kering
Biji bijan
Hirisan daun bawang
Minyak bijan
Garam/gula
Minyak masak yang panas
2. Satukan semua bahan dalam bekas kemudian tuang minyak panas. Kacau sebati, rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Seterusnya sediakan daging perap:
-Cincang daging menjadi kecil
-Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam
-Goreng dalam kuali sehingga air daging kering.
4. Rebus pasta angel hair, untuk lebih guna mi lidi
5. Masukkan mi dalam pinggan, letak daging cincang yang siap dimasak dan masukkan garlic chili oil. Gaul rata dan bolehlah dimakan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...