Buat Sendiri Akok Kedut Guna Acuan Kuih Cara, Bakar Atas Dapur Gas Saja

Share

 

Kalau suka beli kuih akok tapi selalu frust sebab rasanya ‘kureng’, banyak tepung dari telur, mungkin tiba masanya kita buat sendiri.

Nampak macam remeh nak buat kuih tradisional ini tapi sebenarnya kalau ikut cara yang dikongsi Ain Niey takdelah sesusah mana.

Tak perlu nak cari sabut bagai untuk bakar, pakai apa yang ada saja di dapur rumah kita.

Akok kedut cara saya

Bahan A

3 keping nise atau gula melaka saiz kecil
1 cawan air
2 helai daun pandan- simpul

Bahan B

10 biji telur ayam gred A
1 cawan santan + air 50ml
(saya guna Santan Kotak KARA )
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Cara buat akok kedut

1. Mula-mula masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah disimpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya.

2. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.

3. Masukkan bahan B ke dalam pengisar bersama air gula melaka yang kita telah sejukkan. Kisar sekali sampai sebati.

4. Sapu minyak masak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar atas dapur gas hingga masak. Tutup dengan penutup periuk yang sesuai dengan acuan tu ya.

5. Agak-agak akok dah kembang dan naik boleh angkat. Sebenarnya nak bakar atas apa dan acuan apa terpulang pada kita. saya guna acuan kuih cara, itu saja yang ada.

Selamat mencuba

Sumber:Ain Niey

IKLAN