Buat Sendiri Almari Buku Besar “Gedabak’. Modal Beli Plywood Cuma RM480 Dapat 2 Almari

Share

Buku-buku sekolah anak kalau tiada tempat rak khas memang nampak serabut. Tambah pula kalau ada 3-4 orang anak sekolah, lagi lah.

Supaya buku-buku ini tersimpan kemas elok adakan almari khas. Lagi elok kalau buat sendiri, boleh sesuaikan dengan keperluan kita macam yang dilakukan oleh wanita bernama Siti Nor Mohamed ini.

Bermodal beli plywood tak sampai RM500, bersama skil bertukang yang ada dia berjaya menghasilkan 2 almari buku besar ‘gedabak’. Cukup untuk letak macam-macam.

Cara buat 2 rak buku besar ‘gedabak’, guna 2 keping plywood

Haa… Inilah hasil keje Mokcik yg terbaru. Hampir sepurnama nak menyiapkannya. Maklumlah hati jiran perlu dijaga gitu…

Nak menukang ni kenalah pandai ejas waktu, supaya tak mengganggu sekalian alam.

Jadinya, keje-keje hanya dibuat pada waktu tertentu sahaja dan kebanyakkan masa, Mokcik menukang dalam rumah.

Rak ini saiz dia lebih kurang 2.5′ x 7′.Menggunakan 4 keping plywood 18mm dan 2 keping plywood 9mm. Tapi ada belen sikit lagi. Kos plywood dlm RM480. Dapat 2 rak besor ni. Tapi lom kira kos cat, hinges dan handle pintu. Cat tu boleh tahan mahei dia.

Keje-keja memotong plywood jadi mudah dengan jig yang Mokcik buat dulu (tgk post sebelum ni). Sebab rak ni banyak guna saiz potongan yg sama. So dengan guna jig tu, semua potongan akan sentiasa sama. Sebab kalau kita ukur dan potong, takut ada masa kita salah ukur, nanti jadi tak sama besar plak.

Buat rak ni tak susah mana, cuma sebab saiz dia besar dan buat 2 plak tu. Memang keje berat la sikit.

Jig yg dibuat dulu utk memudahkan keje memotong. Cara buat jig ni https://youtu.be/GBHUPb9cW0U

Mokcik tengah memotong, spek lupa nak turunkan…

Hasil potongan, plywood Indonesia 18mm

Pasang braket dulu, supaya tahan beban.

Dry-fit dulu.

Pastikan ngam semua, baru kita cantum.

Dah siap pasang rangka dia. Gam dan skru je.

Saja try tutup skru dengan dowel.

Dah siap buat para-para.

Try test masukkan para-para.

Proses menebuk lubang untuk hinges. Pakai jig ni senang. Guna jarak 5mm dari tepi.

Test pasang pintu.

Cat yang digunakan. Water based.

Laci rahsia.

Rak buku besar gedabak tinggi 7 kaki.

Dalaman rak. Para-para tu removable.

Almari besar ni macam-macam boleh letak.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Nor Mohamed

IKLAN