Buat Sendiri Almari Tudung, Boleh Muat Hampir 150 Helai!

Share

Wanita yang berhijab kebiasaannya banyak koleksi tudung. Boleh mencecah ratusan helai. Memang seronok banyak pilihan tudung tapi jadi masalah untuk menyimpannya.

Supaya koleksi tudung yang banyak ini tersusun kemas, boleh buat almari khusus untuk tudung seperti yang dilakukan oleh Mohd Khairizan Reduan untuk isterinya.

DIY almari tudung

Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru projek orang. Nak buat sliding pandai. Buat cara biasa jak. Janji berfungsi dengan baik. Material kayu pine & OSB board. Mudahan tahan lama la.

  1. OSB board siap potong kedai. Saya buat panjang 30″ x lebar 12″ / 1 kaki x tinggi 72″ / 6 kaki.

2. Cat siap-siap. Baru bawak ke atas untuk dipasang. Berat.

3.Pintu letak frame utk menyerikan sikit.

4. Sapu varnish ala kadar

5. Siap untuk dipasang. Untuk body.

6. Letak roda. Mudah nak alihkan kelak.

7. Siap bahagian body.

8. Pasang pintu. Berat pintunya. Terpaksa ikat body ke dinding guna L bracket.

9. Tebuk lubang untuk sangkut rod kayu.

10. Guna rod kayu saja. Besi/aluminium mahal.

11. Balut rod dengan foil. Malas nak cat.

12. Dah siap pasang susunan rod di belakang. Ada dua layer kelak. Tudung banyak.

13. Handle simple saja.

14. Belakang ada 15 rod. Muat lebih kurang 90 tudung.

15. Untuk layer depan.

16. Ada 13 rod. Muat lebih kurang 52 tudung.

17. Pandangan depan.

18. Pandangan tepi, nipis saja. Lebar 1 kaki. Tinggi 6 kaki.

19. Lepas dipasang layer kedua.

19. Hinge yang diguna. Harap tahan la.

Insya-Allah siap 142 helai tudung.

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Khairizan Reduan

IKLAN