Kuih apam balik ini selalu jadi hidangan petang. Kebiasaannya kita beli saja, tapi hakikatnya nak buat sendiri apam balik ini mudah sangat.
Pakai kuali non stick saja, bahannya pun sikit. Paling best kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang banyak. Terpulang nak buat tebal atau nipis dan ranggup. Boleh cuba resipi perkongsian Raihan Mahat ini.
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega
Ads
Bahan tabur:
Kacang tanah ( beli yang dah siap kisar)
Jagung manis dalam tin
Gula
Cara membuat
1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Ads
2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu mentega di permukaan non stick pan. Sapu sikit saja.
Ads
4. Tuangkan 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.
5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula, kacang dan jagung. Kemudian lipat dua dan sapu majerin.
6. Supaya senang waktu nak memotong, lalukan pisau kat air terlebih dulu sebelum potong.
Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.
Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!
Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.
Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap
Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)
Penyediaan
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.
Meskipun sudah ramai yang menggunakan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) untuk pembayaran tol di lebuh raya tapi hakikatnya masih ramai takut untuk mencubanya.
Masalah RFID yang gagal diimbas Ketika melalui plaza tol hingga terpaksa mengundurkan kereta menjadi penyebabnya. Bila dah terpaksa mengundurkan kereta dah tentu menyusahkan pengguna di belakang.
Tapi seorang pengguna RFID bernama @zalyazahari berkongsi tip yang diamalkan agar tidak berlaku kejadian perlu mengundurkan kereta. Berikut adalah perkongsian beliau yang sudah tiga tahun menggunakannya tanpa masalah.
I perasan orang ramai takut lagi nak pakai RFID but actually kalau korang betul-betul ikut guidelines yang diberi korang tak perlu reverse kali ke 2 pun. Ini tipnya;
1. Pastikan kelajuan kereta Bawah 20km apabila dekat dengan tol. Kalau laju memang kena reverse la. Kena bawah 20 je tau !
2. Jangan rapat dengan kenderaan depan. Kalau rapat memang tak lepas. Ini banyak terjadi pada kereta yang kalut ribut ‘cucuk’ kereta depan. Sudahnya kena reverse.
3. Top up E-Wallet 15 minit sebelum touch tol. Kalau baru sangat top up, kena tunggu la sekejap baru jalan melalui tol.
4. Tampal sticker Rfid di tempat yang ditetapkan. Sama ada di lampu kereta sebelah kiri ataupun atas cermin kereta sebelah kiri and make sure jarak 1 tapak tangan dari body kereta ( jangan rapat ke metal ).
Kalau tampal senget, jangan koyak sebab stiker di dicipta untuk rosak after korang koyak. Senget sikit pun tak mengapa boleh baca.
“Saya dah guna RFID 3 tahun. Setakat ini elok saja, dah la berganda murah dari smartag. RFID dah ada di kebanyakan tol, tak perlu risau. id now mostly Tol dah ada so don’t worry.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.
Antaranya rumah belum siap tapi tukang rumah dah cabut, hasil kerja tak memuaskan, lari bila dapat duit dan pelbagai lagi kes. Memang stress dibuatnya kerana duit habis rumah tak siap.
Supaya tak terkena pada kita info yang dikongsi oleh Mohamad Harith, yang pernah menjadi mangsa ditipu tukangrumah ini ni boleh kita jadikan panduan dalam memilih tukang yang boleh dipercayai.
“Tip ini berdasarkan pengalaman saya mangsa scam tukang ali baba,”ujar beliau yang kini dalam fasa menunggu perbicaraan di Tribunal Pengguna KPDN.
Tip pilih tukang rumah elak kena scam
1) Cari kontraktor yang direkomen
Orang yang recommend itu WAJIB pernah guna servis kontraktor tersebut. Bukan sebab kenalan atau kawan. Jangan ambil kontraktor yang letak nombor sendiri atau promote diri sendiri.
2) Lihat dulu hasil kerja
WAJIB untuk lihat sendiri 2-3 hasil kerja tukang sebelum ini. Saya pernah pergi melawat tempat hasil kerja kontraktor yang nak dilantik. Bila ditanya, rupanya kontraktor hanya buat reno sikit saja di bahagian dapur, tapi mengaku buat reno untuk seluruh rumah.
3) Ada perjanjian bertulis
WAJIB ada perjanjian bertulis dari awal. Pastikan dalam perjanjian ada ada info yang penting (nama penuh, no IC, nama dan nombor syarikat, alamat, no tel & emel).
Selain itu perlu ada penerangan tentang kerja yang perlu dilakukan secara detail termasuk timeline, jadual pembayaran dan tindakan jika kerja tak sempurna atau tak selesai.
No IC, nama dan no syarikat penting. Bila diberi perisa sama ada ia wujud atau tidak. Ada juga yang tidak berdaftar supaya bila berlaku masalah ia diperlukan bagi membuat laporan kepada Triunal Pengguna.
4) Pembayaran
Kalau belum mula kerja dah minta deposit 50%, sila cari tukang lain. Maknanya syarikat ini tiada modal. Memang tak salah tapi bahaya.
Buat pembayaran selepas setiap kerja siap dengan sempurna.
Siap A, bayar. Siap B, bayar. Kalau kontraktor tak boleh ikut jadual bayaran begini, cari lain!. Jangan sesekali bayar lump sum atau buat bayaran penuh. Bayar sikit demi sedikit ikut jadual yang dah dipersetujui dalam perjanjian.
5) Kalau boleh cari pekerja dari ‘seberang’
Sebaiknya, carilah kontraktor yang majoriti pekerjanya Indonesia. Walaupun tak menjamin kualiti, tapi selalunya pekerja Indon ini agak disiplin bab datang kerja. Jam 8-9 dah ada di tapak.
Sedih bila bangsa sendiri buat kerja, setiap hari jam 10.30pg masih di kedai untuk breakfast. Setiap hari jam 12.30 tengah hari dah pergi makan, jam 4.30 ptg dah balik.
6) Jangan ambil tukang atau kontraktor yang terdesak
Jika waktu kita sedang survey, kontraktor asyik mendesak untuk buat keputusan cepat, sanggup terima apa saja, harga diberi paling murah, boleh mula terus, tiada bayaran tambahan ini adalah RED FLAG.
Percayalah, ada tukang di luar sana yang cari projek sebab nak bayar hutang projek lama. Sangkut sebab masalah projek lama, kena ganti rugi, jadi untuk kambus masalah mereka kena cari projek baru segera.
7) Kerja tak ikut spec minta pecah cepat
Jika kontraktor buat kerja tak ikut ‘spec’, terus suruh pecahkan cepat dan minta buat balik. Jangan terima kalau kerja mereka tak ikut seperti apa yang kita mahukan.
Jika ada penambahan spec, sediakan duit untuk tambah. Jangan suruh tukang buat extra tapi tak bayar, itu zalim.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...