Kalau pergi ke taman rekreasi atau pantai, giant bubble atau belon gergasi ni memang jadi tumpuan anak.
Mesti kena ‘pau’ punya. Anak seorang bolehlah layan tapi kalau ada empat nak sorang satu memanglah banyak belanjanya nak main belon nih.
Jadi untuk yang ada ramai anak, sebelum pergi ke taman atau pantai apa kata buat sendiri giant buble ni supaya anak boleh main sepuas hati.
Caranya boleh ikut perkongsian dari DiaNa Said ini.
Jimat anak boleh main sampai puas
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti kejar buih. Nak tak nak kena beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat.
Bahan untuk air sabun:
1.5 liter air
4 sudu tepung ubi kayu
250 ml pencuci pinggan mangkuk
Ads
Bahan untuk bubble wand:
Tali kain
Tape hitam
Hanger besi
Gunting
Cara membuat:
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita.
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Ads
TIP
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Biasa kita buat telur rebus untuk hidangan atau menggunakan air tapi rupanya ada cara lagi mudah. Sebenarnya kita boleh saja buat telur rebus tanpa air.
Malah tempoh masak telur pun sekejap saja. Tak perlu tunggu air mendidih bagai, 5 minit dah masak telur. Macam mana cara buat telur rebus tanpa guna air ni? Ini cara yang dikongsi oleh Rozzana Junid.
Jimat masa jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah. Nak kupas kulit pun senang. Cara membuatnya;
1. Basuh telur dulu
2. Lapik periuk rice cooker lapik dengan 2 helai tisu. Renjis air supaya tisu lembap.
3. Kemudian susun telur dan on suis biar button naik sendiri.
4. Biarkan sekejap baru bukak penutup periuk. Sejukkan dulu sebelum dikupas.
Bila tengok kawan atau anak-anak orang lain fasih berbahasa Inggeris kita pun teruja nak punya kemahiran yang sama.
Tapi bila survey harga untuk ikuti kursus mahir bahasa Inggeris ini yang menelan belanja mencecah ribuan ramai yang terbantut hasratnya.
Bagaimana pun zaman teknologi semua di hujung jari, banyak perkara yang kita boleh dapat secara online malah ada yang percuma. Salah satunya untuk bantu kita mahir berbahasa Inggeris boleh saja menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun.
Tak kiranya untuk diri sendiri mahu pun untuk anak-anak 6 apps ini boleh membantu jika mahu speaking berhabuk macam Dr Amelina Bakri.
Bagi yang nak mengasah skil bertutur dalam bahasa Inggeris, apps Lingbe boleh membantu. Dengan apps ini anda boleh berlatih bertutur bahasa Inggeris dengan pengguna lain yang menggunakan apps ini. Dapat belajar dan dapat kawan baru juga.
Apps ini mendapat pengiktirafan Editor’s Choice di Goole Play. Dalam apps ini anda akan diberi ujian untuk mengenal pasti tahap kemampuan Bahasa Inggeris anda.
Selepas itu ada 150 pola latihan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini untik memahirkan bahasa Inggeris anda. Selain itu boleh juga belajar bahasa lain dengan apps ini.
Aplikasi ini juga dapat pengiktirafan Google Play Award tahun 2017. Semua info dan pelajaran dalam aps ini dihasilkan oleh komuniti Memrise yang mana cukup user friendly.
Seperti Lingbeaplikasi Mango ini juga membolehkan anda berlatih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan pengguna apps lain. Malah anda boleh memilih rakan yang menjadi teman untuk berlatih. Tak perlu segan, kan sama -sama nak belajar.
Apps ini membantu pembelajaran bahasa Inggeris dari aspek grammar, vocabolary dan conversation. Ada juga pembelajaran dalam bentuk games untuk mengurangkan kebosanan malah lebih mudah difahami.
Boleh juga mengasah skil percakapan bahasa Inggeris anda dengan berbual dan berbincang bersama pengguna apps ini.
Untuk mereka yang bekerja dan perlu menggunakan bahasa Inggeris, apps Talk ini boleh membantu kerana menggunakan situasi yang biasa kita hadapi. Antaranya bagaimana memulakan perbualan, situasi dalam mesyuarat dan sebagainya. Setiap topik akan mempunyai kuiz, latihan dan juga praktis untuk membantuh kemahiran berbahasa Inggeris.
Solat tarawih antara keistimewaan di bulan Ramadan. Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Meski ramai yang mengerjakannya di masjid namun tak semua berpeluang untuk turut serta kerana tanggungjawab pekerjaan dan juga keluarga di rumah. Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya.
Kita boleh saja menunaikan solat sunat tarawih yang banyak ganjaran pahala ini di rumah secara sendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.
Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.
Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah,:
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih.
Semoga kita beroleh ganjaran mengerjakannya pada bulan Ramadan nanti.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...