Ramai rasanya peminat ayam goreng ini. Memang sedap, tapi waktu PKP ini mana boleh nak makan kat sana. Nak delivery pun tak semua kawasan dihantar.
Jadi kalau teringin bolehlah buat sendiri untuk puaskan keinginan makan. Jimat pun jimat. Caranya dikongsi oleh Anis Atokman.
Bahan-bahan :
10/15 pcs kepak ayam
4 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap cair (cap Kipas Udang)
1/2 cawan air
1/4 gula melaka
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (letak extra jika nak pedas)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu besar cuka
Tepung Jagung
Serbuk perasa
Garam
Cara buat ayam goreng:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk lada hitam, serbuk perasa dan sedikit garam.
Ads
2. Kemudian sadurkan semua ayam satu persatu dalam tepung jagung sampai bersalut penuh.Tekan sikit supaya tepung lekat elok.
3.Goreng ayam lebih kurang dalam 10 minit (agak-agak salutan dah tak nampak bertepung dan melekat).
4. Angkat ayam tos dan tunggu sekejap, kemudian sadurkan sekali lagi ke dalam tepung jagung dan goreng semula buat kali kedua (wajib buat untuk ayam kekal rangup lama).
Goreng ayam sampai kekuningan dan sampai ayam yang disadur jadi rangup (api sederhana jangan terlampau kuat, takut dalam tak masak).
5. Dah siap boleh angkat ayam dan ketepikan untuk buat kuah salutan.
Ads
Cara buat kuah salutan:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan (minyak sikit saja lbih kurang 1 sudu besar). Masukkan kicap,air, madu,gula melaka dan serbuk cili.
2. Kacau sebati hingga mendidih. Kemudian masukkan cuka. Kacau hingga tekstur jadi sedikit pekat (jangan terlampau pekat nanti bila sejuk kuah makin pekat).
Ads
3. Dah nampak pekat tutup api. Waktu kuah dah agak suam boleh tuang sedikit demi sedikit ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi sambil gaul rata.
Nak lebih boleh tuang lebih, dan kalau ada lebihan kuah salutan boleh simpan. Nanti nak buat lagi boleh goreng ayam dan gunakan kuah salutan yang sedia ada saja.
Ulam selom antara yang digemari ramai. Ia juga antara tanaman yang selalu ditanam di rumah.
Tapi tak ramai yang berjaya menanamnya. Letak dalam pasu, atas tanah tapi hasilnya macam hidup segan mati tak mahu.
Kalau dah cuba beberapa kali tapi tak berjaya boleh ikut pula cara penanaman selom dalam besen seperti dikongsi oleh Dumang Dullah ini.
Asyik gagal tapi lepas tanam selom dalam besen baru menjadi!
Selom antara tanaman yang sukar saya tanam. Saya tanam di tanah, hidup segan mati tak mahu(terbantut). Kemudian cuba tanam dalam pasu, hasilnya pun sama.
Seterusnya tanam pula dalam botol air mineral, diberi air + sedikit cocopeat pun tak subur. Akhirnya saya lihat perkongsian tanam selom dalam besen dan cuba. Nampaknya menjadi dan hidup subur!
Caranya;
1. Cambahkan selom menggunakan keratan batang. Boleh beli saja ulam selom di pasar. Kerat batang dan rendam hingga keluar akarnya.
Foto: Facebook Masadah Sajadi
2. Kemudian boleh tanam keratan yang berakar ini dalam besen. Caranya buat lubang tapi bukan di bawah besen sebaliknya di bahagian tepi.
3. Masukkan tanah kemudian tanam keratan selom.
4. Selom akan hidup subur pada tanah yang lembap. Pastikan siram setiap hari. Jangan lupa letak baja supaya subur, boleh siram dengan air beras
5. Jika selom sudah matang, cuma kerat tak perlu cabut akar supaya bercambah lagi.
Terung berbuah sulung tapi punyalah besar. Seronok tengok pokok sayur subur begini. Ini adalah hasil usaha Nur Allia Zahra yang hanya berkebun di depan rumah saja. Memang tak rugi berbudi pada tanah.
Hantaran yang dikongsi oleh beliau di Facebook telah mendapat respon ramai yang turut memintanya berkongsi cara penanaman yang dilakukan. Berikut adalah perkongsian daripada beliau;
Cara tanam pokok terung supaya hasil buahnya subur & besar
Terung saya dah berbuah, yang besar itu semua buah sulung. Suami saya memang teruja, seronok berkebun depan rumah saja.
-Semai – dari biji benih
-Tanah – guna tanah hitam campur tanah kuning dan cocopeat.
-Baja – saya guna Yara 3×16
-Kawalan serangga – pakai Strex (masa pokok masih kecil dah sembur)
-Siram – waktu petang saja supaya kelembapan lebih tahan lama.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...