Buat Sendiri Ayam Percik, Boleh Bakar Dalam Oven Atau Air Fryer. Dua-Dua Hasilnya Sedap

Share

Ayam percik ini antara menu yang selalu dijual di pasar malam atau restoren. Paling banyak dijual waktu bulan puasa.

Tapi kalau hati teringin nak makan sekarang dan tak jumpa pula gerai yang menjual bolehlah cuba buat sendiri. Boleh jadi persediaan untuk bulan puasa jugak, kan dah tak lama dah.

Jika nak cuba boleh guna cara buat ayam percik paling mudah, dikongsi oleh penjual ayam percik sendiri, SuiSan Aliezsha

. Ringkas saja, memang boleh sangat kalau nak buat di rumah.

Buat sendiri ayam percik

1. Ayam dipotong, dicuci dan tos.

2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup.

3. Kisar halus juga ketumbar dan jintan manis

4. Tumis bahan di atas tanpa minyak. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.

5. Letak ayam atas jaring dan bakar, renjis dulu jaring dengan minyak masak atau minyak zaitun.

6. Jika nak gunakan air fryer pun boleh bakar ada suhu 200 selama 15 minit. Bergantung kepada air fryer masing-masing. Jika nak guna oven bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

Cara buat kuah percik

1.Kisar cili kering dan bawang putih.

2. Sediakan sos cili, gula merah, gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung

3. Panaskan kuali/ periuk,masukkan cili, dan sedikit air kacau sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.

4. Kacau hingga kuah jadi pekat, pastikan garam dan guna secukup rasa.

5. Tuang kuah percik atas ayam yang siap dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

 

IKLAN