Buat Sendiri Bawang Goreng, Stail Mak. Tiada Bahan Tambahan Tapi Tetap Rangup

Share

Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.

Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.

Bawang goreng stail mak

Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.

1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.

2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.

3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering. 

4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.

5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

Ini bawang goreng dari 2kg bawang dapat lah 1 bekas tu, kena rajin dan sabar ya nak buat ni.
  • Tip dari mak

    Bila warna bawang dah mula kekuningan bolehlah perlahankan api gas supaya tak hitam dan hangus. Sini lah biasanya orang terlepas pandang sebab hitam bawang itu akan jadi pahit, tak sedap.
  • Sentiasa kacau bila dah perlahankan api sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.

Selamat mencuba.

Sumber: Ahmad Salehuddin Amirwan.

 

IKLAN