Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Saja. Hasilnya Sama Macam Kita Beli

Share

Selama ini selalu beli saja coklat bar ini, tak tahu pulak cara nak buatnya senang saja. Guna tiga bahan saja.

Kalau macam ni punya senang boleh buat selalu di rumah. Siapa saja yang tak suka makan coklat ini kan.

Jom cuba ikut perkongsian Nenie Suehoney, coklat bar bubble rice.

Buat sendiri bubble rice coklat bar

Bahan-bahan:

-500 gm coklat masakan (saya guna milk compound Berry’s)
-25 ml minyak masak (optional, supaya coklat cepat cair)
-Bubble rice secukupnya (boleh juga letak kismis/kekacang)

Acuan/mould coklat bar yang digunakan. Boleh beli di kedai bakeri.

Cara membuat

1. Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.

2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/cetak/acuan.

4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.

5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentak sedikit mould untuk ratakan.

6. Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.

7. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.

Tip: Saya letak minyak masak sikit, supaya selepas beku, coklat bar yang terhasil tidak terlalu keras. Sedang elok macam kita beli di kedai.

Selamat mencuba.

Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI

 

IKLAN