Buat Sendiri ‘Fast Food’ Roti Sosej Kukus Bolognese. Jimat & Mudah Buat

Share

Hujung bulan anak teringin pulak nak makan fast food, tapi bajet mak ayah pulak tak berapa ada.

Supaya tak hampakan keinginan anak, buat hidangan ala fast food ini kat rumah. Roti sosej kukus bolognese. Senang, boleh buat sekali gus banyak.

Kalau anak 6 boleh hidang 6 set terus. Goreng fries, lengkap hidangan fast food kat rumah. Cara membuatnya dikongsi oleh Khabab Jamalludin

.

Cara buat roti sosej kukus bolognese

1. Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih boleh kukus sosej. Tak payah defrost masukkan terus dalam pengukus. Ikutlah nak guna sosej daging atau ayam. Anak ramai boleh letak banyak. Kukus selama 2 minit.

2. Kemudian kukus pula roti selama seminit. Sebelum tu belah tengah roti tu dulu.

3. Kemudian potong dadu bawang besar setengah biji bersama satu biji tomato. Tumis bahan ni dengan minyak zaitun bersama satu sudu teh serbuk oregano. Nak pedas boleh tambah cili.

4. Masukkan pes tomato, saya guna brand Prego. Kemudian kacau dan kecilkan api. Biar kuah memekat dengan air dari tomato tadi. Jangan cair sangat sebab nak letak atas roti. Boleh juga tambah daun basil jika suka.

5. Dah pekat boleh perasakan dengan garam dan gula.

6. Masukkan sosej dalam roti yang dibelah dan tuang sos tadi di atasnya.

7. Kalau anak 6, boleh hidang sekali gus. Tak payah tunggu giliran.

IKLAN