Di seluruh dunia penggunaan tembakau masih berleluasa hingga ke hari ini meskipun semua maklum tentang bahayanya, namun rokok adalah bentuk penggunaan tembakau yang paling biasa di kalangan perokok.

Di negara kita, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit berkaitan rokok seperti penyakit jantung, kanser paru-paru dan ia boleh menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.

Apa yang menyebabkan rokok itu berbahaya?

Ramai yang menyalah nikotin sebagai penyebab penyakit berkaitan rokok. Sebaliknya, tidak! Perlu diketahui nikotin adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Ia adalah semula jadi yang terdapat bukan sahaja dalam tembakau tetapi turut ada dalam ubi kentang, tomato dan terung. Memang nikotin itu boleh menyebabkan ketagihan, tetapi ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan rokok.

Apa yang menyebabkan rokok itu berbahaya adalah daripada toksin dan karsinogen yang terhasil daripada asap rokok apabila berlakunya pembakaran terhadap tembakau.

Asap rokok ini mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia, dan diklasifikasikan sebagai berbahaya dan berpotensi berbahaya serta sejumlah 100 daripadanya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan . Kemudaratan ini bukan hanya untuk perokok tapi juga kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok tersebut.

Kerajaan sendiri dilihat berusaha mengekang masalah ini dengan mengatur pelbagai strategi antaranya melibatkan pencegahan dari memulakan kegiatan merokok, peningkatan cukai serta larangan merokok di tempat awam. Namun persoalannya adakah kaedah ini berkesan?

IKLAN
Pertimbangkan alternatif pengurangan kemudaratan tembakau

Menurut statistik di Malaysia terdapat lebih 4.8 juta perokok dan telah mencatatkan sehingga 27,200 kes kematian disebabkan rokok serta pendedahan kepadanya. Tak mustahil angka ini akan terus meningkat.

Malah dikatakan juga sembilan daripada 10 perokok tidak mahu berhenti malah terus merokok. Melihat dapatan ini mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan alternatif untuk menolong perokok tegar supaya bahaya merokok boleh dikurangkan dengan ketara sekali.

Selain itu:  Cara Buat Jeruk Bawang Putih, 5 Hari Simpan Dah Boleh Makan. Lebih Sedap & Elok Untuk Kesihatan

Salah satunya adalah melalui kaedah pengurangan kemudaratan yang boleh mengurangkan kesan negatif terhadap perlakuan manusia. Dengan perkembangan sains dan inovasi terkini, pengurangan kemudaratan tembakau boleh dilakukan.

Ketika ini terdapat beberapa produk bebas asap seperti teknologi yang menggunakan konsep pemanasan tembakau seperti produk tembakau yang dipanaskan atau dikenali sebagai ‘Heated Tobacco Products’ (HTP) dan konsep pemanasan cecair nikotin seperti vape. Ia juga sudahpun ada banyak di pasaran negara kita.

IKLAN

“Penawaran alternatif bebas asap kepada perokok dewasa adalah wajar dan merupakan pelengkap kepada strategi kawalan tembakau sedia ada” – Patrick Picavet, Ketua Pegawai Perubatan di PMI. Contohnya, kajian dan bukti-bukti saintifik menunjukkan produk tembakau yang dipanaskan mampu mengurangkan kemudaratan sehingga 95% berbanding rokok.

Mudarat Tembakau, Masih Ada Cara Untuk Kurangkan Risiko

Ini adalah kerana alternatif ini tidak membakar tembakau, sebaliknya hanya memanaskan tembakau sekali gus mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya dari asap rokok.

IKLAN
Kesan positif bebas asap

Justeru pendedahan tentang fakta yang betul tentang produk bebas asap ini boleh membantu mengurangkan risiko tembakau sekaligus membantu ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bebas asap seperti Jepun.

Jika dilihat sejak Jepun memperkenalkan produk bebas asap kepada pendududuknya pada tahun 2013, negara tersebut berjaya mencatatkan penurunan produk tegar sebanyak 44 peratus dalam tempoh 4 tahun.

Malah kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society menunjukkan sejak HTP memasuki pasaran Jepun, jualan rokok mencatatkan penurunan ketara buat kali pertama dalam sejarah di negara matahari terbit itu.

“ A smoke free world – This is a real possibility, not just a far-fetched dream. And it could become a reality very fast if everybody plays their part and if we leverage in the power of innovation and science-based smoke free products.” – Stefano Volpetti, President, Smoke-Free Inhaled Products & Chief Consumer Officer of PMI.

Selain itu:  Dulu Kuat Makan, Balun Apa Saja Tapi Selepas Ditegur Gemuk, Selekeh & Buruk Balqis Nekad Ubah Diri

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI