Buat sendiri Giant Bubble, Jimat & Anak Boleh Main Sampai Puas Hati!

Share

 

Kalau pergi ke taman rekreasi atau pantai, giant bubble atau belon gergasi ni memang jadi tumpuan anak.

Mesti kena ‘pau’ punya. Anak seorang bolehlah layan tapi kalau ada empat nak sorang satu memanglah banyak belanjanya nak main belon nih.

Jadi untuk yang ada ramai anak, sebelum pergi ke taman atau pantai apa kata buat sendiri giant buble ni supaya anak boleh main sepuas hati.

Caranya boleh ikut perkongsian dari DiaNa Said ini.

Jimat anak boleh main sampai puas

Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat.

Bahan untuk air sabun:

  • 1.5 liter air
  • 4 sudu tepung ubi kayu
  • 250 ml pencuci pinggan mangkuk

Bahan untuk bubble wand:

  • Tali kain
  • Tape hitam
  • Hanger besi
  • Gunting

Cara membuat:

1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita.
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.


4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.

TIP

Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.

Dah boleh main!

Sumber: DiaNa Said

IKLAN